Loading...

Pampasan Tidak Akan Dibayar Kepada Pemandu Yang Terlibat Dalam Kemalangan Dengan Polis Walaupun Punca Kemalangan Adalah Polis

Loading...
Pampasan Tidak Akan Dibayar Kepada Pemandu Yang Terlibat Dalam Kemalangan Dengan Polis Walaupun Punca Kemalangan Adalah Polis - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pampasan Tidak Akan Dibayar Kepada Pemandu Yang Terlibat Dalam Kemalangan Dengan Polis Walaupun Punca Kemalangan Adalah Polis, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pampasan Tidak Akan Dibayar Kepada Pemandu Yang Terlibat Dalam Kemalangan Dengan Polis Walaupun Punca Kemalangan Adalah Polis
link : Pampasan Tidak Akan Dibayar Kepada Pemandu Yang Terlibat Dalam Kemalangan Dengan Polis Walaupun Punca Kemalangan Adalah Polis

Baca juga


Pampasan Tidak Akan Dibayar Kepada Pemandu Yang Terlibat Dalam Kemalangan Dengan Polis Walaupun Punca Kemalangan Adalah Polis


KUALA LUMPUR – Menerima pampasan jika anda terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan polis adalah satu perkara yang mustahil walaupun punca kemalangan berkenaan adalah daripada pihak polis itu sendiri.

Hal ini demikian kerana kenderaan polis adalah tidak dilindungi insurans dan pihak ketiga diharuskan menulis kepada penasihat undang-undang dalam pasukan polis bagi membolehkan perkara berkenaan disiasat.

Datuk Seri Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa terdapat sekitar 22,000 kenderaan milik pasukan polis Malaysia dan kesemuanya tidak mendapat perlindungan daripada insurans.

Menurut beliau, “Polis tidak akan membayar pampasan atau kos pembaikan kenderaan kepada pihak ketiga jika mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya”.

“Walau bagaimanapun, tuntutan boleh dibuat kepada kerajaan untuk kos atau pampasan yang berkaitan”.

YAB Timbalan Perdana Menteri turut menjelaskan isu ini adalah berdasarkan kepada prosedur di dalam Pekeliling Perbendaharaan WP 4.2 mengenai kemalangan yang melibatkan kenderaan milik kerajaan.


Tambah Zahid lagi, “Setiap kemalangan yang melibatkan kenderaan kerajaan akan dirujuk kepada seorang penasihat undang-undang untuk mengkaji kemungkinan kerajaan membayar kerugian yang ditanggung oleh kemalangan itu”.


Ekoran itu, penasihat undang-undang akan mengambil tindakan yang wajar bagi menyelesaikan tuntutan yang dibuat atau membuat pengaturan pembayaran kepada pihak ketiga.

Walau bagaimanapun, sekiranya pihak ketiga yang bersalah dalam kemalangan tersebut, pampasan akan dikumpulkan melalui peguam negara dan wang berkenaan akan dikreditkan sebagai hasil kerajaan.

Berdasarkan kepada pekeliling tersebut, sekiranya kenderaan kerajaan terlibat dalam sesebuah kemalangan, pemandu perlu membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam sebelum membuat laporan bertulis secara terperinci kepada ketua jabatan.

Namun begitu, peraturan ini tidak diaplikasikan kepada pemandu yang dilantik secara peribadi oleh pegawai kerajaan.

Sumber: Era Baru


Thus Article Pampasan Tidak Akan Dibayar Kepada Pemandu Yang Terlibat Dalam Kemalangan Dengan Polis Walaupun Punca Kemalangan Adalah Polis

Itulah artikel Pampasan Tidak Akan Dibayar Kepada Pemandu Yang Terlibat Dalam Kemalangan Dengan Polis Walaupun Punca Kemalangan Adalah Polis Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pampasan Tidak Akan Dibayar Kepada Pemandu Yang Terlibat Dalam Kemalangan Dengan Polis Walaupun Punca Kemalangan Adalah Polis dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/pampasan-tidak-akan-dibayar-kepada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pampasan Tidak Akan Dibayar Kepada Pemandu Yang Terlibat Dalam Kemalangan Dengan Polis Walaupun Punca Kemalangan Adalah Polis"

Catat Ulasan

Loading...