Loading...

Pegang Sepanduk, Pernah Kena Halau! Kisah Usahawan Muda Sebelum Berjaya Jadi Partner Penghantaran Ikea

Loading...
Pegang Sepanduk, Pernah Kena Halau! Kisah Usahawan Muda Sebelum Berjaya Jadi Partner Penghantaran Ikea - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pegang Sepanduk, Pernah Kena Halau! Kisah Usahawan Muda Sebelum Berjaya Jadi Partner Penghantaran Ikea, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pegang Sepanduk, Pernah Kena Halau! Kisah Usahawan Muda Sebelum Berjaya Jadi Partner Penghantaran Ikea
link : Pegang Sepanduk, Pernah Kena Halau! Kisah Usahawan Muda Sebelum Berjaya Jadi Partner Penghantaran Ikea

Baca juga


Pegang Sepanduk, Pernah Kena Halau! Kisah Usahawan Muda Sebelum Berjaya Jadi Partner Penghantaran Ikea


Untuk melakar kejayaan bukanlah kerja mudah. Usaha keras kena ada selain sikap tak kenal putus asa.

Inilah prinsip yang dipegang anak muda pengasas bersama TheLorry sebuah syarikat penyedia kemudahan pengangkutan barang atau logistik.

Sesuatu yang membanggakan baru-baru ini bila mereka menjadi rakan kerjasama dengan Ikea, sebuah syarikat perabot dan perhiasan rumah terkenal berpengkalan di Sweden yang sudah pun membuka cawangan ketiganya di Tebrau Johor.

Namun untuk mendapat kepercayaan syarikat antarabangsa ini bukanlah mudah. Hampir 20 bulan anak muda bernama Nadhir Ashafiq bersama kumpulannya berusaha ke arah itu.

Pelbagai usaha dilakukan untuk menarik perhatian syarikat ini. Antaranya termasuklah kempen guerilla, pegang sepanduk depan gedung Ikea. Biar betul? Betul…

Cuba, cuba, cuba sampai jadi!


Ikuti kisah pengasas bersama TheLorry, Nadhir Ashafiq yang dipetik dalam akaun Facebook beliau.

Cuba, cuba, cuba sampai jadi! IKEA & TheLorry

Ini adalah kisah di mana TheLorry berjaya menjadi partner IKEA untuk penghantaran “on-demand delivery” di IKEA Tebrau, Johor Bahru …. 20 BULAN dari ‘initial contact’.

Di IKEA Singapore sudah lama ada konsep on-demand delivery ini, sejak 2015.


Customer boleh pilih untuk penghantaran 1-2 hari ataupun penghantaran *SEKARANG* dengan membuat tempahan melalui iPad yang disediakan. Konsep yang sama kita mahu bawa di Malaysia.

First step, kami cari email boss besar Ikano (yang menjaga franchise IKEA di rantau ini) melalui Linkedin dan hantar proposal melalui emel. Kami tak harapkan respon sebab ianya ‘cold email’. Tapi alhamdulillah dia reply!

Kami dapat berjumpa dengan team yang menjaga bahagian penghantaran dan ‘pitch’ proposal kami. Namun selang beberapa bulan – senyap. Kami kata: “Tak boleh jadi ini, kita kena buat something untuk tarik perhatian.”


That’s what we did.
Buat kempen guerilla

Kita buat kempen GUERILLA di IKEA Damansara dengan menjanjikan penghantaran dalam masa sejam. Caranya? Kami lepak di area roundabout berdekatan entrance parking & traffic light sambil pegang sepanduk.

Selepas beberapa jam, kita rasa bosan pula. Kami pindah ke kawasan dalam IKEA untuk buat marketing dan kemudian kena HALAU. Kah kah. Sampai manager tertinggi diorang turun untuk minta kita pergi.


Setahun berlalu – namun masih tak berjaya untuk yakinkan mereka untuk lancarkan servis ini. Adalah beberapa sebab yang diberikan. Kami pun rasa nak GIVE UP dengan idea ini.

Tapi kita terus juga buat macam-macam promosi untuk tarik pengguna IKEA gunakan servis TheLorry. Kami mahu nama kami sinonim dengan IKEA.
Akhirnya selepas 20 bulan

Ogos 2017 – kami dapat satu panggilan. Untuk masuk dan beri pembentangan dan ‘pitching’ kepada team IKEA. Mereka mahu lancar servis on-demand delivery menggunakan 4×4 di IKEA Tebrau. Dan mereka mahu TheLorry jalankan servis ini.

Kami tarik nafas lega. Alhamdulillah. Dapat pun. Setelah 20 bulan. Tanpa buang masa – kami terus setup SOP dan recruit team baru di sana. Hari ini 11 November adalah soft launch pembukaan IKEA Tebrau. Kami sudah mula beroperasi!

Pembukaan untuk orang awam adalah 16 November (Khamis). Jom turun ramai-ramai!

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ms. Rebecca – pelanggan pertama kami di IKEA Tebrau!

This post is dedicated to all TheLorry team members who made our dream of working with IKEA a reality. Thank you.

Sumber: Nadhir Ashafiq via Vanilla Kismis


Thus Article Pegang Sepanduk, Pernah Kena Halau! Kisah Usahawan Muda Sebelum Berjaya Jadi Partner Penghantaran Ikea

Itulah artikel Pegang Sepanduk, Pernah Kena Halau! Kisah Usahawan Muda Sebelum Berjaya Jadi Partner Penghantaran Ikea Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pegang Sepanduk, Pernah Kena Halau! Kisah Usahawan Muda Sebelum Berjaya Jadi Partner Penghantaran Ikea dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/pegang-sepanduk-pernah-kena-halau-kisah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pegang Sepanduk, Pernah Kena Halau! Kisah Usahawan Muda Sebelum Berjaya Jadi Partner Penghantaran Ikea"

Catat Ulasan

Loading...