Loading...

Penduduk Orang Asli di Lojing diancam tanah runtuh, banjir lumpur

Loading...
Penduduk Orang Asli di Lojing diancam tanah runtuh, banjir lumpur - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penduduk Orang Asli di Lojing diancam tanah runtuh, banjir lumpur, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Penduduk Orang Asli di Lojing diancam tanah runtuh, banjir lumpur
link : Penduduk Orang Asli di Lojing diancam tanah runtuh, banjir lumpur

Baca juga


Penduduk Orang Asli di Lojing diancam tanah runtuh, banjir lumpur

MALAYSIAKINI
 


Sebanyak 50 penduduk Orang Asli di Kampung Sang Wai, tanah tinggi Lojing di Gua Musang berpindah ke Dewan Orang Ramai kampung itu sejak petang semalam kerana bimbang berlaku tanah runtuh dan banjir lumpur dari sebuah bukit yang terletak berhampiran kediaman mereka.

Mereka yang terdiri daripada 30 keluarga terpaksa bertindak demikian pada jam 3 petang semalam ketika hujan lebat kerana takut berulangnya kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur dari bukit berkenaan yang digondolkan untuk dijadikan kawasan tanaman sayur.

Seorang penduduk, Kamarudin Uda, 43, berkata setiap kali hujan lebat akan berlaku tanah runtuh dari bukit tersebut hingga mencemaskan penduduk yang tinggal di sekitar kawasan kaki bukit tersebut.

Kebanyakan mereka mengambil iktibar daripada kejadian kali pertama tanah runtuh dari bukit itu pada pukul 4 petang Selasa lepas sehingga menyekat aliran anak Sungai Belatop selain memusnahkan puluhan pokok pisang dan tanaman lain di kampung itu, katanya kepada pemberita di Gua Musang hari ini.


Kamarudin bersama beberapa penduduk kampung tersebut membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Lojing di sini, pada hari sama (Selasa lepas).
Beliau berharap pihak berkuasa bertindak segera untuk memberhentikan kerja-kerja menggondolkan bukit berkenaan yang dilakukan oleh pengusaha tanaman sayur.
Bahlong Bawai, 52, pula berkata beliau dan keluarganya pernah lari meninggalkan rumah pukul 1 pagi Khamis lepas apabila tanah bukit itu runtuh kali kedua ketika hujan lebat.
Katanya mereka tidak mampu lagi bertindak menghalang kegiatan pengusaha terbabit yang terus berdegil menggondolkan bukit berkenaan.
Penghulu Kampung Sang Wai, Nasir Busu berkata mereka trauma kerana pernah berdepan detik cemas dalam kejadian pertama runtuhan walaupun runtuhan itu belum sampai ke kawasan kediaman mereka.
Selain Kampung Sang Wai, beberapa perkampungan Orang Asli lain di Lojing dan Pos Brooke turut terjejas akibat daripada kerja-kerja penerokaan bukit untuk tanaman sayur.
Musim tengkujuh sekarang ini yang dijangka sehingga Mac tahun depan kian meresahkan penduduk Orang Asli berkenaan.
- Bernama


Thus Article Penduduk Orang Asli di Lojing diancam tanah runtuh, banjir lumpur

Itulah artikel Penduduk Orang Asli di Lojing diancam tanah runtuh, banjir lumpur Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Penduduk Orang Asli di Lojing diancam tanah runtuh, banjir lumpur dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/penduduk-orang-asli-di-lojing-diancam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penduduk Orang Asli di Lojing diancam tanah runtuh, banjir lumpur"

Catat Ulasan

Loading...