Loading...

Pengantin Lelaki Cabut Lari di Hari Perkahwinan Kerana Hantaran Terlalu Mahal

Loading...
Pengantin Lelaki Cabut Lari di Hari Perkahwinan Kerana Hantaran Terlalu Mahal - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pengantin Lelaki Cabut Lari di Hari Perkahwinan Kerana Hantaran Terlalu Mahal, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pengantin Lelaki Cabut Lari di Hari Perkahwinan Kerana Hantaran Terlalu Mahal
link : Pengantin Lelaki Cabut Lari di Hari Perkahwinan Kerana Hantaran Terlalu Mahal

Baca juga


Pengantin Lelaki Cabut Lari di Hari Perkahwinan Kerana Hantaran Terlalu Mahal


Zaman kini, wang hantaran sentiasa menjadi isu kerana rata-rata pihak lelaki terutamanya tidak setuju dengan nilai yang ditetapkan oleh pihak perempuan. Kebiasaannya, cara paling mudah untuk menyelesaikan konflik urusan wang hantaran ialah melalui perbincangan. Tetapi lain pula yang terjadi kepada pasangan ini.

Arunee Jaengkrachang, 24, dari Bangkok telah merancang untuk berkahwin dengan kekasih hatinya, Boonyang Sawatdee, 26, dan majlis perkahwinan mereka telah ditetapkan pada 22 Oktober yang lalu.


Menurut Oddity Central, segala persiapan majlis perkahwinan telah dibuat oleh pihak perempuan pada hari tersebut yang menelan belanja sebanyak 100,000 Baht (RM12,771). Tetamu juga telah dijemput dan hadir pada hari berkenaan.


Pun begitu, secara tiba-tiba pengantin lelaki, Boonyang yang sepatutnya hadir ke majlis tersebut pada jam 6 pagi telah meminta untuk hadir lewat kira-kira jam 9 pagi kerana masih dalam perjalanan ke destinasi. Menurut Coconuts Bangkok, perjalanan dari rumah lelaki tersebut ke rumah bakal isterinya hanya mengambil masa 45 minit sahaja.


Namun, selepas lama menunggu, Boonyang masih tidak muncul. Disebabkan itu, keluarga pengantin perempuan mengambil keputusan untuk meninggalkan majlis bagi mencari Boonyang yang telah mereka kenali selama 6 tahun itu di rumahnya.


Lebih mengejutkan keluarga Arunee, sebaik tiba di rumah Boonyang, mereka mendapati ianya kosong tidak berpenghuni! Rupa-rupanya, lelaki itu dan keluarganya telah melarikan diri!

Arunee akhirnya mendapat tahu bahawa pasangannya itu telah melarikan diri kerana tidak dapat menyediakan wang hantaran sebanyak 200,000 Baht (RM25,561) dan barangan kemas walaupun hal tersebut telah mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.

Dengan berat hati, keluarga Arunee terpaksa mengumumkan kepada para jemputan bahawa majlis perkahwinan pasangan itu terpaksa dibatalkan. Akibat daripada situasi ini, Arunee dilaporkan mengalami tekanan perasaan, hampir pengsan serta berhenti kerja kerana malu ditinggalkan pengantin lelaki di hari perkahwinannya. Alahai kesiannya.


Pun begitu, keluarganya dilaporkan telah memfailkan saman terhadap pihak pengantin lelaki sebagai pampasan kerana mereka telah pun membelanjakan 100,000 Baht (RM12,771) untuk perkahwinan tersebut dan masih berhutang dengan katerer sebanyak 22,000 Baht (RM2,809). Wuish banyaknya!

Kenapalah sampai perlu lari? Hal ini sepatutnya dibincangkan baik-baik antara kedua belah pihak. Tak pasal-pasal ada pihak yang menanggung malu!

Sumber: http://lobakmerah.com


Thus Article Pengantin Lelaki Cabut Lari di Hari Perkahwinan Kerana Hantaran Terlalu Mahal

Itulah artikel Pengantin Lelaki Cabut Lari di Hari Perkahwinan Kerana Hantaran Terlalu Mahal Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pengantin Lelaki Cabut Lari di Hari Perkahwinan Kerana Hantaran Terlalu Mahal dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/pengantin-lelaki-cabut-lari-di-hari.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pengantin Lelaki Cabut Lari di Hari Perkahwinan Kerana Hantaran Terlalu Mahal"

Catat Ulasan

Loading...