Loading...

Polis tahan wanita warga Indonesia disyaki dera anak

Loading...
Polis tahan wanita warga Indonesia disyaki dera anak - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Polis tahan wanita warga Indonesia disyaki dera anak, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Polis tahan wanita warga Indonesia disyaki dera anak
link : Polis tahan wanita warga Indonesia disyaki dera anak

Baca juga


Polis tahan wanita warga Indonesia disyaki dera anak

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KEPALA BATAS: Polis menahan seorang wanita warganegara Indonesia selama 14 hari selepas disyaki mendera anak lelakinya berusia setahun di rumah mereka di Paya Lahar Kepar.
 
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya mendapat aduan daripada seorang doktor Hospital Kepala Batas di sini yang mengesan pendarahan di kepala kanak-kanak berkenaan selain kesan bengkak di dahi dan lebam di pipi serta badan.

 
Suri rumah yang berusia 26 tahun itu bagaimanapun mendakwa anaknya terjatuh dan terhantuk di ruang tamu rumah mereka.
 
Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 4.30 petang pada Rabu lalu, dan bapa mangsa bertindak membawa anaknya ke hospital 20 minit kemudian selepas menyedari keadaan anaknya semakin lemah.
 
“Pemeriksaan  pegawai perubatan hospital mendapati kanak-kanak berkenaan mengalami pendarahan otak akibat impak (hentakan) kuat menggunakan objek tumpul di dahi dan pipi kanannya.
 
“Badan mangsa yang kini koma dan dihantarkan ke Hospital Pulau Pinang juga mempunyai banyak kesan lebam berlainan warna selain doktor berpendapat kecederaan itu disengajakan dan bukan disebabkan kemalangan,” katanya di sini hari ini.
 
Polis akan menyiasat kes itu di bawah Sekeysn 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan mendapati tempoh visa wanita berkenaan telah tamat pada 24 Mac lalu.

 
Tambah Noorzainy, ibu dan kanak-kanak berkenaan menggunakan pasport Indonesia manakala suaminya warga tempatan dan mereka berkahwin di negara jiran berkenaan.
 
 


Thus Article Polis tahan wanita warga Indonesia disyaki dera anak

Itulah artikel Polis tahan wanita warga Indonesia disyaki dera anak Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Polis tahan wanita warga Indonesia disyaki dera anak dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/polis-tahan-wanita-warga-indonesia.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Polis tahan wanita warga Indonesia disyaki dera anak"

Catat Ulasan

Loading...