Loading...

Safiq pilihan terbaik: Vingada

Loading...
Safiq pilihan terbaik: Vingada - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Safiq pilihan terbaik: Vingada, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Safiq pilihan terbaik: Vingada
link : Safiq pilihan terbaik: Vingada

Baca juga


Safiq pilihan terbaik: Vingada

Daripada Zulfaizan Mansor di Buriram dan Thailand
sukanteam.com.my
 
SENTUHAN berbisa kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim ditagih jurulatih, Nelo Vingada untuk mengharungi aksi kelayakan Piala Asia 2019 berdepan Korea Utara di Stadium I-Mobile, malam esok.

Menurut Vingada, Safiq pilihan terbaik yang beliau ada ketika ini untuk bertindak sebagai perancang utama Harimau Malaya selepas kembali daripada penggantungan kerana dilayang kad merah pada pertemuan dengan Hong Kong, bulan lalu.

Ketiadaan perancang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menyaksikan persembahan serba tidak menjadi dipamerkan Harimau Malaya ketika tewas 1-4 kepada Korea Utara di stadium sama, kelmarin.

“Dia (Safiq) terlepas aksi pertama (berdepan Korea Utara) kerana penggantungan, tapi dia tetap berada dalam senarai pemain ke sini (Buriram) dan berlatih bersama kami.

“Safiq pilihan terbaik yang saya ada. Jadi, saya percaya kehadirannya dapat melakukan perubahan dalam permainan pasukan ke arah yang lebih baik pada perlawanan malam esok,” kata Vingada.

Safiq yang juga bekas pemain Selangor bagaimanapun berdepan isu peribadi sejak minggu lalu apabila video dia meluahkan kata-kata kesat terhadap pengkritiknya selepas aksi final Piala Malaysia tular di media sosial.

Namun, dia perlu mengetepikan seketika masalah di luar padang bagi mengelak sebarang tekanan kerana perlawanan malam esok cukup penting dalam menentukan sama ada Harimau Malaya masih berpeluang untuk melepasi saingan kelayakan atau sebaliknya.

Malaysia wajib menang ke atas Korea Utara untuk meneruskan sisa perjuangan mereka ke pusingan akhir kejohanan tertinggi Asia itu selepas hanya mengumpul satu mata daripada empat perlawanan.

Dalam perkembangan lain, Vingada mengesahkan dua tonggak pertahanan, S Kunanlan dan Fazly Mazlan serta pemain tengah, Syamer Kutty Abba kemungkinan besar tidak dapat diturunkan kerana kecederaan.

Malah, Fazly dan Syamer dilihat tidak menyertai latihan bersama pasukan semalam dan difahamkan hanya melakukan proses pemulihan di hotel.

“Sudah pasti saya perlu melakukan beberapa perubahan kerana Fazly, Kunanlan dan Syamer mengalami kecederaan, mereka mungkin tidak sempat pulih sepenuhnya kerana tempoh perlawanan singkat,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 November 2017 @ 6:32 PM


Thus Article Safiq pilihan terbaik: Vingada

Itulah artikel Safiq pilihan terbaik: Vingada Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Safiq pilihan terbaik: Vingada dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/safiq-pilihan-terbaik-vingada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Safiq pilihan terbaik: Vingada"

Catat Ulasan

Loading...