Loading...

Speaker DUN Kelantan pertahan tindakan 'halau' Norzula

Loading...
Speaker DUN Kelantan pertahan tindakan 'halau' Norzula - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Speaker DUN Kelantan pertahan tindakan 'halau' Norzula, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Speaker DUN Kelantan pertahan tindakan 'halau' Norzula
link : Speaker DUN Kelantan pertahan tindakan 'halau' Norzula

Baca juga


Speaker DUN Kelantan pertahan tindakan 'halau' Norzula

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Abdullah Ya’kub mempertahankan tindakan beliau mengarahkan Ketua Pembangkang, Datuk Nozula Mat Diah keluar dari dewan hari ini.
 
Abdullah berkata, Nozula meminta ruang untuk berucap sehingga mengganggu persidangan sedangkan aturan dewan menetapkan sesi perbahasan sudah berakhir semalam dan hari ini diteruskan dengan sesi penggulungan oleh kerajaan negeri.
 
Memetik laporan Utusan Malaysia, beliau turut menafikan tidak memberi ruang secukupnya kepada wakil rakyat pembangkang untuk menyertai perbahasan dan melontarkan pandangan sepanjang persidangan DUN kali ini.
 
“Saya nak berlaku adil dalam dewan, sebab itu saya beri peluang sepenuhnya kepada semua ahli dewan berucap. Dalam sesi bahas semalam, 10 ahli dewan berucap iaitu empat wakil pembangkang dan enam kerajaan.
 
“Kalau ikut nisbah kita ada 45 ADUN, hanya 14 sahaja pembangkang tapi saya tetap beri peluang empat wakil pembangkang untuk berucap,” katanya ketika ditemui ketika sidang DUN Kelantan berehat hari ini.
 
Sidang DUN Kelantan hari ini kecoh seketika selepas Abdullah mengarahkan ADUN Paloh itu keluar dewan kerana dianggap melanggar peraturan apabila mengganggu sesi penggulungan walaupun telah diberi amaran beberapa kali.
 
Arahan itu menyebabkan Nozula sebak dan mengalirkan air mata kerana mendakwa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) tidak diberi ruang secukupnya untuk bersuara dalam persidangan dewan kali ini.
 
Sebagai tanda solidariti dan protes terhadap tindakan ke atas Nozula, empat lagi wakil BN iaitu Datuk Ramzi Ab. Rahman (Dabong), Mat Razi Mat Ail (Pengkalan Kubor), Datuk Ab. Aziz Yusoff (Galas) dan Zulkifle Ali (Selising) yang menghadiri persidangan turut meninggalkan dewan



Thus Article Speaker DUN Kelantan pertahan tindakan 'halau' Norzula

Itulah artikel Speaker DUN Kelantan pertahan tindakan 'halau' Norzula Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Speaker DUN Kelantan pertahan tindakan 'halau' Norzula dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/speaker-dun-kelantan-pertahan-tindakan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Speaker DUN Kelantan pertahan tindakan 'halau' Norzula"

Catat Ulasan

Loading...