Loading...
Tajuk : Status Doktor Ini Dikecam Netizen Kerana Dianggap Menyindir Orang Gemuk?
link : Status Doktor Ini Dikecam Netizen Kerana Dianggap Menyindir Orang Gemuk?
Status Doktor Ini Dikecam Netizen Kerana Dianggap Menyindir Orang Gemuk?
Orang kita terlalu sensitif, mungkin inilah sebabnya ramai sukar berubah kepada kebaikan.
Semuanya bermula apabila seorang doktor pakar, Dr Rafidah Abdullah yang sememangnya aktif di laman sosial berkongsi situasi yang dilaluinya.
Menerusi status di Twitter itu, doktor ini menceritakan bagaimana dia terkejut dengan orang di meja sebelah yang mempunyai BMI lebih 40, namun menikmati char kuay teow dengan tanpa bersalah.
"Tatkala saya menjaga kalori makan popia basah (satu 90 kcal).
"Meja sebelah badan BMI >40 tapi makan char kuay teow tanpa rasa bersalah.."
Statusnya ini segera mendapat hentaman daripada para netizen. Meskipun doktor ini bertujuan memberi ingatan kepada semua namun ada yang menanggapnya sebagai 'judgemental'.
Tak kurang juga yang melabelkannya sebagai 'fatshaming'.
Sedar yang statusnya di Twitter itu mendapat kecaman netizen, Dr Rafidah sekali lagi menulis status panjang bagi menjawab kecaman tersebut.
Katanya, dia sendiri tidak faham dengan istilah fatshaming dan apa yang dikongsikannya itu adalah bertujuan mengingatkan antara satu sama lain.
Jawapan balas kali ini mendapat banyak sokongan daripada pengikut Doktor ini di laman sosial.
Rata-rata mereka turut berasa risau dengan sikap masyarakat negara ini yang seolah-olah tidak peduli dengan kesihatan mereka. Malah, cepat tersentap ketika ditegur.
Apa pula pendapat anda tentang hal ini? Benarkah doktor ini bersikap menghakimi orang lain dan mengapa ramai yang cepat sentap?
Sumber: CARI forum
Thus Article Status Doktor Ini Dikecam Netizen Kerana Dianggap Menyindir Orang Gemuk?
Itulah artikel Status Doktor Ini Dikecam Netizen Kerana Dianggap Menyindir Orang Gemuk? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Status Doktor Ini Dikecam Netizen Kerana Dianggap Menyindir Orang Gemuk? dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/status-doktor-ini-dikecam-netizen.html
0 Response to "Status Doktor Ini Dikecam Netizen Kerana Dianggap Menyindir Orang Gemuk?"
Catat Ulasan