Loading...
Tajuk : Super Anjing! Bomba Hampir Tidak Berjaya Menyelamatkan Dua Orang Kanak-kanak Sehinggalah Anjing Ini Muncul Dan Menghulurkan Bantuan
link : Super Anjing! Bomba Hampir Tidak Berjaya Menyelamatkan Dua Orang Kanak-kanak Sehinggalah Anjing Ini Muncul Dan Menghulurkan Bantuan
Super Anjing! Bomba Hampir Tidak Berjaya Menyelamatkan Dua Orang Kanak-kanak Sehinggalah Anjing Ini Muncul Dan Menghulurkan Bantuan
Kita sentiasa akan mencari si comel kesayangan setelah seharian tidak berada di rumah. Pada waktu itu, kita akan memberikan pelukan mesra, kasih sayang, kata-kata pujian dan sebagainya kepada haiwan kesayangan.
Anjing misalnya, bukan sahaja terkenal dengan kecerdikannya tetapi juga kesetiaan dan sikap mahu melindungi tuannya daripada sebarang bahaya.
Begitu juga dengan anjing baka German shepherd bernama Maxx ini. Jika bukan kerana tindakan wira dan berani Maxx, keluarga manusianya pasti tidak akan hidup sehingga kini.
Tahun lalu, keluarga Feaser yang terdiri daripada empat orang telah terperangkap di dalam rumah mereka yang sedang marak dijilat api.
Sepasang suami isteri bersama dengan dua anak mereka masing-masing berusia empat dan dua tahun telah terperangkap dan mengalami kesesakan nafas akibat asap tebal menyelubungi kawasan tersebut.
Jiran tetangga yang menyedari kejadian kebakaran berkenaan segera menghulurkan bantuan untuk memadamkan api sementara menunggu ketibaan pasukan bomba dan penyelamat.
Mereka telah memecahkan tingkap rumah berkenaan dan menyelamatkan si ibu, Margo Feaser manakala si bapa iaitu Brent Feaser dan dua lagi anak kecil mereka masih berada di dalam rumah tersebut.
Setelah pasukan penyelamat tiba, mereka berjaya membawa keluar Brent yang mengalami luka serius akibat melecur. Walau bagaimanapun, api yang menjilat rumah mereka pada ketika itu terlalu marak sehingga menyukarkan pasukan penyelamat untuk masuk semula dan menyelamatkan dua lagi mangsa kanak-kanak.
Asap tebal berwarna hitam terus memenuhi rumah berkenaan sekali gus menyukarkan anggota bomba untuk menjalankan misi mencari dan menyelamat. Tambahan pula, mereka tidak tahu susun atur rumah berkenaan. Pada ketika itulah, anjing peliharaan mereka iaitu Maxx bertukar seperti adiwira.
Maxx memasuki rumah berkenaan sambil diekori oleh pasukan bomba. Maxx kemudian membawa anggota bomba ke bilik tidur kanak-kanak tersebut dan pada ketika itu, pihak penyelamat terus memeluk kedua-dua mangsa lalu membawa mereka keluar dari bencana tersebut.
Maxx juga tidak lupa untuk membantu anggota bomba dengan mengiringi mereka ke pintu keluar dengan selamat. Keempat-empat mangsa segera dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. Walaupun keadaan mereka agak kritikal, semua mangsa selamat dan sedang beransur sembuh.
Maxx turut mendapatkan rawatan daripada doktor haiwan memandangkan anjing hebat ini telah menghidu asap tebal sewaktu proses menyelamat.
Nampaknya, Maxx telah menjadi wira unggul bagi keluarga ini. Anjing yang sangat hebat!
Sumber: Era Baru
Thus Article Super Anjing! Bomba Hampir Tidak Berjaya Menyelamatkan Dua Orang Kanak-kanak Sehinggalah Anjing Ini Muncul Dan Menghulurkan Bantuan
Itulah artikel Super Anjing! Bomba Hampir Tidak Berjaya Menyelamatkan Dua Orang Kanak-kanak Sehinggalah Anjing Ini Muncul Dan Menghulurkan Bantuan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Super Anjing! Bomba Hampir Tidak Berjaya Menyelamatkan Dua Orang Kanak-kanak Sehinggalah Anjing Ini Muncul Dan Menghulurkan Bantuan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/super-anjing-bomba-hampir-tidak-berjaya.html
0 Response to "Super Anjing! Bomba Hampir Tidak Berjaya Menyelamatkan Dua Orang Kanak-kanak Sehinggalah Anjing Ini Muncul Dan Menghulurkan Bantuan"
Catat Ulasan