Loading...

“Tiada Candle Light Dinner, Kami Layan Kerabu Kaki Ayam Sahaja” – Seloroh Diana Danielle Tentang Hadiah Anniversary

Loading...
“Tiada Candle Light Dinner, Kami Layan Kerabu Kaki Ayam Sahaja” – Seloroh Diana Danielle Tentang Hadiah Anniversary - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk “Tiada Candle Light Dinner, Kami Layan Kerabu Kaki Ayam Sahaja” – Seloroh Diana Danielle Tentang Hadiah Anniversary, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : “Tiada Candle Light Dinner, Kami Layan Kerabu Kaki Ayam Sahaja” – Seloroh Diana Danielle Tentang Hadiah Anniversary
link : “Tiada Candle Light Dinner, Kami Layan Kerabu Kaki Ayam Sahaja” – Seloroh Diana Danielle Tentang Hadiah Anniversary

Baca juga


“Tiada Candle Light Dinner, Kami Layan Kerabu Kaki Ayam Sahaja” – Seloroh Diana Danielle Tentang Hadiah Anniversary


Umum mengetahui pasangan pelakon Diana Danielle dan Farid Kamil meraikan ulangtahun perkahwinan mereka pada 3 November lalu.

Malah, Diana sendiri ada memuat naik sekeping gambar ‘throwback’ majlis pernikahan mereka sekitar lima tahun lalu yang berlangsung sederhana di Ampang, Kuala Lumpur.

“5 tahun berkahwin dan 10 tahun bersama-sama dengan awak (Farid Kamil), keseronokan baru sahaja bermula. Sekarang kita berempat mengharungi kehidupan.


“Mari katakan realiti kehidupan sekarang lebih baik daripada yang kita bayangkan ketika mula-mula bersama dahulu,” tulisnya di Instagram.


Kesempatan bertemu Diana, 25, ketika Anugerah Skrin 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Astro Gempak bertanyakan apakah hadiah istimewa sempena ulangtahun perkahwinan kelima Diana dan Farid?

“Saya terjumpa sekeping gambar yang agak manis dan tertarik untuk berkongsi di Instagram.

“Seperti saya katakan alam perkahwinan lima tahun masih baru dan keseronokan baru sahaja bermula. Kalau dahulu sesuatu perkara dilihat rumit tapi sekarang semuanya mudah.

“Apa yang penting kami saling mencintai!

“Saya bukan seorang yang romantik, tak ada pun candle light dinner antara kami berdua namun kami meraikan ulangtahun perkahwinan dan kejayaan saya dengan santapan kerabu kaki ayam,” ujarnya sambil tertawa.

Diana memenangi trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menerusi karakternya dalam naskhah Hanyut.

Filem itu turut dinobatkan sebagai filem terbaik pada malam anugerah tersebut.

Diana dan Farid berkahwin pada 3 November 2012 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 4, dan Nur Aurora, 2.

Sumber: Astro Gempak


Thus Article “Tiada Candle Light Dinner, Kami Layan Kerabu Kaki Ayam Sahaja” – Seloroh Diana Danielle Tentang Hadiah Anniversary

Itulah artikel “Tiada Candle Light Dinner, Kami Layan Kerabu Kaki Ayam Sahaja” – Seloroh Diana Danielle Tentang Hadiah Anniversary Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel “Tiada Candle Light Dinner, Kami Layan Kerabu Kaki Ayam Sahaja” – Seloroh Diana Danielle Tentang Hadiah Anniversary dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/tiada-candle-light-dinner-kami-layan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "“Tiada Candle Light Dinner, Kami Layan Kerabu Kaki Ayam Sahaja” – Seloroh Diana Danielle Tentang Hadiah Anniversary"

Catat Ulasan

Loading...