Loading...

Tidak Pernah Kemas Rumah, Pakai Baju Tidak Dibasuh Sejak 5 Tahun Lalu

Loading...
Tidak Pernah Kemas Rumah, Pakai Baju Tidak Dibasuh Sejak 5 Tahun Lalu - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tidak Pernah Kemas Rumah, Pakai Baju Tidak Dibasuh Sejak 5 Tahun Lalu, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tidak Pernah Kemas Rumah, Pakai Baju Tidak Dibasuh Sejak 5 Tahun Lalu
link : Tidak Pernah Kemas Rumah, Pakai Baju Tidak Dibasuh Sejak 5 Tahun Lalu

Baca juga


Tidak Pernah Kemas Rumah, Pakai Baju Tidak Dibasuh Sejak 5 Tahun Lalu



Kluang: Lebih lima tahun pakaian lusuh tidak pernah dibasuh selain dibiarkan berselerak bersama-sama sampah-sarap yang memenuhi setiap genap ruang tamu seorang lelaki yang hidup sebatang kara di Taman Seri Jaya, di sini.

Lelaki berkenaan turut dikatakan mengalami kemurungan dan mempunyai masalah kesihatan selepas ditinggalkan isteri dan dua anak lelakinya lima tahun lalu.

A Raju dipercayai tidak lagi menguruskan kehidupannya dan hanya berharap bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan untuk digunakan bagi menyara hidupnya.

Menurut Raju, dia tidak pernah memasak, mengemas dan mencuci pakaian yang digunakannya sejak lima tahun lalu kerana biasanya ia diuruskan isterinya.

“Saya tidak tahu hendak buat macam mana dengan pakaian berkenaan sebab itu saya biarkan saja, makan tengah hari dan malam pula saya dapatkan dari kedai berhampiran selain ihsan orang ramai yang bersimpati.


“Saya tidak larat untuk mengemas rumah sebab saya juga menghidap sakit sendi menyebabkan keadaan rumah terbiar,” katanya ketika dikunjungi Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia negeri R Vidyananthan, semalam.

Tambah Raju lagi, dia amat berbesar hati sekiranya ada pihak yang ingin membantunya membersihkan rumah kerana menurutnya, penyakit yang dialaminya menyekat pergerakannya untuk mengemas sendiri.

Sementara itu, Vidyananthan berkata, pihaknya bersimpati dengan nasib lelaki berkenaan dan melakukan tindakan susulan dalam masa terdekat terutama membersihkan pakaian serta membuang semua sampah sarap di dalam rumah terbabit.

“Ketua MIC Bahagian Kluang G Raman dipertanggungjawabkan untuk menggerakkan kerja sukarelawan dan melaksanakan tugas pembersihan itu supaya lelaki berkenaan boleh hidup selesa.

“Selain itu, lelaki ini perlu dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut berkaitan penyakitnya supaya dia boleh menjalankan tugas ringan seperti menjaga kebersihan rumah serta melakukan kerja untuk sara hidup seharian,” katanya.

Sumber: Harian Metro via Siakapkeli


Thus Article Tidak Pernah Kemas Rumah, Pakai Baju Tidak Dibasuh Sejak 5 Tahun Lalu

Itulah artikel Tidak Pernah Kemas Rumah, Pakai Baju Tidak Dibasuh Sejak 5 Tahun Lalu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tidak Pernah Kemas Rumah, Pakai Baju Tidak Dibasuh Sejak 5 Tahun Lalu dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/tidak-pernah-kemas-rumah-pakai-baju.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tidak Pernah Kemas Rumah, Pakai Baju Tidak Dibasuh Sejak 5 Tahun Lalu"

Catat Ulasan

Loading...