Loading...

Vingada uji lapan tenaga baru

Loading...
Vingada uji lapan tenaga baru - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Vingada uji lapan tenaga baru, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Vingada uji lapan tenaga baru
link : Vingada uji lapan tenaga baru

Baca juga


Vingada uji lapan tenaga baru



Mohd Fitrie Muhamad
fitrie@bh.com.my
PENGEDALI kebangsaan, Nelo Vingada memanggil lapan pemain baru ke latihan pusat Harimau Malaya yang bermula Sabtu ini sebagai persiapan sebelum menentang Korea Utara pada kempen kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand pada 10 dan 13 November ini.

Pemain berkenaan adalah penyerang skuad B-22 kebangsaan, Syafiq Ahmad (Kedah) serta tujuh pemain dari Johor Darul Ta’zim (Johor DT) iaitu penjaga gol Izham Tarmizi Roslan, Fadhli Shas, Fazly Mazlan, Junior Eldstal, Afiq Fazail, S Kunanlan dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham.


FAZLY (dua dari kanan) turut diuji Vingada.

Senarai lapan pemain itu menggantikan lapan nama yang digugurkan, penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim, Khairul Helmi Johari, Akram Mahinan, Fitri Omar dan Syazwan Zainon (Kedah), Amirulhadi Zainal (Johor DT) serta Matthew Davies (Pahang) dan Shahrel Fikri Md Fauzi (PKNP FC) yang mengalami kecederaan.

Ini bermakna hanya 16 pemain yang dipanggil sebelum ini dikekalkan termasuk dua pemain yang tidak menyertai pasukan ke Hong Kong, iaitu Ahmad Hazwan Bakri (Johor DT) dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang).

Bagaimanapun, hanya 10 pemain dari Perak, Pahang, Selangor, FELDA United dan Pulau Pinang akan melapor diri pada Sabtu ini (4 November) sementara baki 14 pemain dari Johor DT dan Kedah akan melapor diri pada Isnin iaitu selepas berakhir aksi final Piala Malaysia.

Skuad Harimau Malaya dijadualkan berlepas ke Thailand Selasa ini.


IZHAM tersenarai dalam aksi menentang Korea Utara.

Senarai pemain:

Safiq Rahim, Ahmad Hazwan Bakri, Darren Lok, Nazmi Faiz Mansor, Safawi Rasid, Fadhli Shas, Fazly Mazlan, Izham Tarmizi Roslan, Junior Eldstal, Afiq Fazail, S Kunanlan, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (JDT), Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrom Kalam, Nazirul Naim Che Hashim, Amirul Azhan Aznan (Perak), Baddrol Bakhtiar, Syafiq Ahmad (Kedah), Kiko Insa, Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Khairulazhan Khalid, Adam Nor Azlin (Selangor), Wan Zack Haikal Wan Nor (FELDA United), Syamel Kutty Abba (Pulau Pinang).

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 November 2017 @ 3:07 PM


Thus Article Vingada uji lapan tenaga baru

Itulah artikel Vingada uji lapan tenaga baru Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Vingada uji lapan tenaga baru dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/vingada-uji-lapan-tenaga-baru.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Vingada uji lapan tenaga baru"

Catat Ulasan

Loading...