Loading...

Warga emas ditahan pandu menentang arus di LPT

Loading...
Warga emas ditahan pandu menentang arus di LPT - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Warga emas ditahan pandu menentang arus di LPT, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Warga emas ditahan pandu menentang arus di LPT
link : Warga emas ditahan pandu menentang arus di LPT

Baca juga


Warga emas ditahan pandu menentang arus di LPT



Bernama


KUANTAN – Polis menahan pemandu yang dirakam memandu menentang arus di Km 234 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), tiga hari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, lelaki warga emas berusia 81 tahun tersebut ditahan pada hari yang sama oleh polis yang melakukan rondaan.

“Sebuah kereta peronda polis mengekori kenderaan suspek dan dia ditahan di Plaza Tol Kuantan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, lelaki yang berasal dari Sungai Lembing itu akan didakwa pada 27 November ini namun buat masa ini dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau mengulas mengenai klip video yang tular di laman sosial yang menunjukkan sebuah kereta Proton Savy dipandu menentang arus di lebuh raya itu yang dipercayai berlaku pada 4.45 petang 9 November lalu.

Kereta itu dipercayai dipandu dalam keadaan sedemikian dari susur keluar Gambang menghala Plaza Tol Kuantan. – Bernama




Thus Article Warga emas ditahan pandu menentang arus di LPT

Itulah artikel Warga emas ditahan pandu menentang arus di LPT Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Warga emas ditahan pandu menentang arus di LPT dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/warga-emas-ditahan-pandu-menentang-arus.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Warga emas ditahan pandu menentang arus di LPT"

Catat Ulasan

Loading...