Loading...
Tajuk : Zaman Sudah Berubah, 7 Kes WANITA Merogol LELAKI Yang Pernah Terjadi
link : Zaman Sudah Berubah, 7 Kes WANITA Merogol LELAKI Yang Pernah Terjadi
Zaman Sudah Berubah, 7 Kes WANITA Merogol LELAKI Yang Pernah Terjadi
Zaman sudah berubah, jika dahulunya apabila dengar sahaja kes rogol atau kes liwat, pasti pelakunya adalah seorang lelaki. Namun sekarang sudah terbalik pula apabila ada beberapa kes rogol atau memperkosa pelakunya adalah seorang wanita!
Memperkosa didefisikan sebagai salah satu kejahatan berwatak seksual dengan cara memaksa atau mengancam orang lain untuk melakukan hubungan badan.
Akibat dari diperkosa, mangsa merasakan diri terlalu hina dan mula menghindarkan diri dari masyarakat, malah ada ahli keluarga yang memulaukan mangsa. Dan kerana itu mangsa mengalami trauma yang teruk.
Kebanyakan korban perkosaan adalah wanita, tapi tahukah anda bahawa ada beberapa kes rogol wanita yang jadi pelaku kejahatan dan lelaki yang menjadi mangsa. Seperti apa kesnya, Jom kita lihat
Kes 4 Orang Wanita Memperkosa Seorang Lelaki Secara Brutal di Kanada
Kes wanita merogol lelaki pertama berlaku pada tarikh 30 Mac 2013 silam, dimana pada masa itu seorang pemuda berusia 19 tahun asal Toronto, Kanada mengalami kejadian yang tidak menyenangkan ketika dirinya sendirian di sebuah kelab malam.
Pemuda tersebut bertemu dengan 4 orang wanita yang mengajaknya pulang bersama-sama, bukannya rasa seperti playboy yang dikelilingi oleh banyak wanita, pemuda tersebut dianiaya dan diperkosa oleh 4 orang wanita tersebut di tempat letak kereta.
Seminggu kemudian, pemuda malang ini melaporkan kes tersebut ke pihak kepolisian setempat.Menurut polis, pemuda tersebut trauma kerana dianiaya dan diperkosa secara brutal oleh 4 orang wanita sekaligus. (Sumber: huffingtonpost.com)
Kes wanita memperkosa seorang lelaki selama empat hari di Pakistan
Kes wanita merogol lelaki seterusnya terjadi pada tarikh 27 Januari 2009, dimana pada masa itu ada seorang pelayan berusia 23 tahun bernama Khalil asal Clifton, Pakistan yang mengalami kejadian buruk dan cukup mengerikan kerana dirogol beberapa wanita.
Awalnya, Khalil mengantarkan makanan kepada beberapa wanita tersebut yang sedang menunggunya didalam kereta di lapangan letak kereta restoran tempatnya bekerja. Sejak itu, Khalil diminta mengantarkan makanan di rumah mereka setiap hari.
Kerana ingin tahu di mana letak rumah para wanita-wanita tersebut, Khalil pun ikut wanita tersebut ke rumahnya. Sesampainya di rumah para wanita tersebut, Khalil diberi susu yang mengandungi dadah.
Akhirnya, selama 4 hari Khalil dipaksa menuruti nafsu para wanita tersebut yang diketahui berasal dari kalangan atas. Setelah itu, Khalil dibuang di sungai Wayyumabad.
Mujurlah, Khalil masih hidup dan kemudian dia terus menuju ke hospital terdekat, walaupun keadaannya pada masa itu sangat menyedihkan, bahkan alat kelaminnya sehingga berdarah. Kejam sungguh!
Kes wanita rogol lelaki di Zimbabwe
Pada bulan Oktober 2011 lalu, negara Zimbabwe dihebohkan dengan pelaku 3 orang wanita yang sudah berjaya memperkosa belasan lelaki. Diketahui, kes rogol yang tidak lazim ini sudah berlaku sejak tahun 2010 .
Apabila ditangkap di daerah Gweru, polis menemui 33 kondom yang mengandungi sperma 17 orang lelaki. Berdasarkan cerita mangsa, ketiga wanita tersebut menawarkan minuman sehingga mereka pengsan.
Setelah dilakukan penyelelidikan, ternyata ketiga wanita tersebut iaitu Netsai Nhokwara (24), Sophie Nhokwara (26), dan Rosemary Chakwizira (24) diduga menjalankan ritual aliran sesat dengan sperma sebagai bahan ritualnya. (Sumber: bbc.com )
Kes perompak malang yang jadi mangsa rogol di Rusia
Pada tarikh 14 Mac 2009 silam, ada seorang lelaki berusia 32 tahun bernama Viktor yang berniat merompak sebuah kedai barang kemas. Anehnya, dia telah menjadi mangsa rogol oleh pemilik kedai perhiasan tersebut.
Kerana tanpa diketahui oleh Viktor, ternyata pemilik kedai perhiasan yang bernama Olga adalah seorang yang menyandang ban kuning karate. Sehingga, dengan mudah dia melumpuhkan Viktor, kemudian mengurungnya di gudang peralatan.
Olga tidak melaporkan Viktor kepada polis, kerana setelah pekerja kedai perhiasan tersebut pulang, dia terus menyuruh Viktor membuka semua pakaiannya. Dan selama 3 hari, Viktor dipaksa memuaskan nafsu Olga.
Setelah dibebaskan, Viktor langsung ke hospital kerana dia merasa alat kelaminnya sangat sakit. Viktor juga melaporkan kejadian ini kepada pihak polis. Akhirnya, kedua-duanya di masukkan ke dalam penjara yang sama. (Sumber: dailymail.co.uk )
Kes wanita rogol lelaki di Amerika Syarikat
Kes ini mula diketahui ketika seorang lelaki berusia 31 tahun asal Amerika Syarikat melaporkan seorang wanita bernama Chantae Gilman kepada pihak polis atas tuduhan rogol pada tarikh 17 Jun 2014.
Lelaki tersebut mengaku tiba-tiba dia terbangun di kediamannya dan melihat seorang wanita sudah berada diatas tubuhnya, yang kemudian diketahui bernama Chantae Gilman berusia 26 tahun berasal Seattle.
Kejadian ini bermuda dari saat lelaki tersebut menghadari sebuah pesta salah satu jirannya yang kenal dengan Chantae Gilman. Selepas pesta selesai, lelaki tersebut pulang dan tidur hingga pukul 02.00, kemudian dia melihat Chantae Gilman sedang memperkosanya. Kemudian, wanita tersebut mengikat tangan sang lelaki.
Setelah ditangkap dan disiasat, ternyata Chantae Gilman sedang menderita penyakit jiwa danbipolar . Bahkan, kerana kejadian tersebut, Chantae Gilman mengaku sedang hamil. Woow … (Sumber: dailymail.co.uk )
Kes Ibu RT yang rogol 6 lelaki yang masih di bawah umur di Bengkulu, Indonesia
Kes ini cukup heboh di Indonesia, kerana kes ini adalah kes pertama tentang perkosaan wanita terhadap lelaki di Indonesia. Pelakunya adalah seorang wanita berusia 40 tahun bernama May Binti Mansyur terhadap 6 lelaki yang masih di bawah umur.
Kes ini berlaku di Bengkulu, dan kini dia sudah divonis 8 tahun penjara. May mengaku bahawa dia merasa tidak puas dengan suaminya, sehingga dia memutuskan mengoda lelaki-lelaki muda sebagai tempat melepaskan nafsunya.
May mengoda lelaki muda tersebut sampai tergoda dengannya, sehingga akhirnya mereka akan dipaksa melayani nafsunya. Ada 6 orang lelaki muda yang mengaku menjadi mangsa kejahatan seksual May, yang berlaku dari tahun 2011 hingga 2012. (Sumber: Merdeka.com )
Kes wanita cantik rogol 10 lelaki di Rusia
Satu lagi kes wanita merogol lelaki yang terjadi di Rusia, tetapi yang ini sangat mengerikan, kerana wanita bernama Valeria berusia 32 tahun ini mengunakan racun labah-labah untuk melumpuhkan mangsanya. Hii serem ….
Kes ini mulai terungkap ketika polis curiga dengan jumlah pesakit laki-laki dengan aduan spesifik meningkat di rumah sakit. Aduan tersebut disebabkan oleh keracunan klonidin dan trauma berat pada alat kelaminnya.
Akhirnya Valeria berjaya ditangkap, dan dia pun mengakui perbuatannya tersebut. Berdasarkan pengakuannya, dia memang memujuk para lelaki tersebut agar datang ke apartmennya.
Di sana, lelaki tersebut diberi minuman yang sudah dicampur dengan klonidin yang membuat mereka akan pengsan selama 24 jam. Kemudian, Valeria akan memperkosa lelaki-lelaki tersebut.Selepas itu, mangsa akan dia buang di suatu tempat yang sepi (Sumber: wc-news.com )
Bahaya pula penulis baca kes rogol melibahkan si pelakunya seorang wanita. Lebih kejam pula dari lelaki! Harap kes-kes sebegini dijauhkan dari ahli keluarga kita semua. Aaminn
Sumber: Aliff Channel
Thus Article Zaman Sudah Berubah, 7 Kes WANITA Merogol LELAKI Yang Pernah Terjadi
Itulah artikel Zaman Sudah Berubah, 7 Kes WANITA Merogol LELAKI Yang Pernah Terjadi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Zaman Sudah Berubah, 7 Kes WANITA Merogol LELAKI Yang Pernah Terjadi dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/zaman-sudah-berubah-7-kes-wanita.html
0 Response to "Zaman Sudah Berubah, 7 Kes WANITA Merogol LELAKI Yang Pernah Terjadi"
Catat Ulasan