Loading...

100 ahli tinggalkan DAP tak tahan sikap kronisme

Loading...
100 ahli tinggalkan DAP tak tahan sikap kronisme - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 100 ahli tinggalkan DAP tak tahan sikap kronisme, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 100 ahli tinggalkan DAP tak tahan sikap kronisme
link : 100 ahli tinggalkan DAP tak tahan sikap kronisme

Baca juga


100 ahli tinggalkan DAP tak tahan sikap kronisme

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
NIBONG TEBAL: Ekoran DAP masih dibelenggu sikap dominasi keluarga, bekas ADUN Jawi, Tan Beng Huat, bersama 100 ahli dan penyokong DAP kawasan Nibong Tebal mengumumkan keluar parti itu dan menyertai Parti Alternatif Rakyat (PAP).
 
Keputusan itu dibuat Beng Huat hari ini selepas merasakan DAP bukan lagi 'bumbung yang selamat' baginya dan ahli DAP yang lain untuk berteduh sekiranya elemen 'dinasti keluarga' masih dipertahankan.
 
Beng Huat, berkata sejak menjadi ahli DAP lebih 10 tahun dan menjadi ADUN Jawi apabila menang dengan majoriti hampir 4,000 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) lalu, prinsip serta ideologi sosialis demokrat yang diamalkan parti berkenaan sudah berubah.
 
Beliau berkata, keadaan berubah selepas DAP menerajui kerajaan negeri selama dua penggal, ideologi yang diperjuangkan selama ini bukan lagi satu keutamaan selain jasa ahli veteran parti itu dilupakan.
 
"DAP kini lebih menjerumus kepada satu parti yang dikuasai 'dinasti keluarga' dan sikap ego, bongkak dan sombong mula meresap ke dalam pentadbiran DAP.
 
"Sampai hari ini, selepas hampir satu dekad DAP memerintah tahap keegoaan dan sombong mereka semakin kronik bila rakan kongsi mereka daripada PKR yang menyumbang 10 kerusi DUN turut diperlekehkan dalam beberapa isu membabitkan soal pentadbiran kerajaan negeri," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
 
Dalam majlis itu, Beng Huat turut dilantik sebagai Ketua Perhubungan PAP Pulau Pinang.
 
 


Thus Article 100 ahli tinggalkan DAP tak tahan sikap kronisme

Itulah artikel 100 ahli tinggalkan DAP tak tahan sikap kronisme Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 100 ahli tinggalkan DAP tak tahan sikap kronisme dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/12/100-ahli-tinggalkan-dap-tak-tahan-sikap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "100 ahli tinggalkan DAP tak tahan sikap kronisme"

Catat Ulasan

Loading...