Loading...

Aeril Zafrel Minta Maaf Jika Agama Anaknya Terpesong Disebabkan Bergambar Dengan Pokok Krismas

Loading...
Aeril Zafrel Minta Maaf Jika Agama Anaknya Terpesong Disebabkan Bergambar Dengan Pokok Krismas - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Aeril Zafrel Minta Maaf Jika Agama Anaknya Terpesong Disebabkan Bergambar Dengan Pokok Krismas, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Aeril Zafrel Minta Maaf Jika Agama Anaknya Terpesong Disebabkan Bergambar Dengan Pokok Krismas
link : Aeril Zafrel Minta Maaf Jika Agama Anaknya Terpesong Disebabkan Bergambar Dengan Pokok Krismas

Baca juga


Aeril Zafrel Minta Maaf Jika Agama Anaknya Terpesong Disebabkan Bergambar Dengan Pokok Krismas


PELAKON Aeril Zafrel memohon maaf kepada pihak yang menganggap dia dan keluarga terpesong dari landasan agama disebabkan anaknya bergambar dengan pokok Krismas.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 29, berkata dia tidak mempunyai pokok untuk hari Natal itu dan hanya menjumpai di hotel tempat penginapannya sekeluarga.

"Saya minta maaf ya. Kalau disebabkan gambar anak saya bergambar dengan pokok krismas ini boleh terpesong dari agama.

"Untuk pengetahuan pokok Krismas itu bukan kat rumah saya. Pokok itu kami jumpa kat hotel tempat kami duduk," kata Aeril menerusi kapsyen di Instagramnya.


Aeril memuat naik foto anak perempuannya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 2, dengan pokok krismas di laman Instagramnya mendapat perhatian.


Aeril menjelaskan bahawa pokok krismas itu bukan berada di rumahnya.

Ada beberapa netizen menganggap pelakon drama bersiri Mandatori ini sudah terpesong kerana menyambut hari perayaan tersebut.

Bagaimanapun, ramai peminat Aeril yang memberi pendapat tidak salah untuk bergambar dengan pokok tersebut.

Malah, mereka menyelar semula netizen yang suka meninggalkan komen-komen negatif dan menjatuhkan hukum dengan mudah.

"Tak kan bergambar pun tak boleh? Saya ni kalau jumpa pokok Krismas besar saya pun bergambar ukan nak niat meraikan atau apa.

"Rasa tak ada pula terpesong akidah saya. Tapi org sekarang suka menghukum orang dengan alasan yang tak masuk akal," kata pemilik akaun @sitinurulain269.

Manakala akaun bernama @aja_jo92 berkata, "Keluarga saya pakai purdah ambil gambar kat pokok itu tak ada masalah la.

"Apa la korang ini. Budak-budak biasalah suka benda yang cantik lampu. Jangan suka menjatuhkan hukum. Kita ini siapa."

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakharuddin Attar, 4, dan Hayla.

Sumber: Mstar Online


Thus Article Aeril Zafrel Minta Maaf Jika Agama Anaknya Terpesong Disebabkan Bergambar Dengan Pokok Krismas

Itulah artikel Aeril Zafrel Minta Maaf Jika Agama Anaknya Terpesong Disebabkan Bergambar Dengan Pokok Krismas Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Aeril Zafrel Minta Maaf Jika Agama Anaknya Terpesong Disebabkan Bergambar Dengan Pokok Krismas dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/12/aeril-zafrel-minta-maaf-jika-agama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Aeril Zafrel Minta Maaf Jika Agama Anaknya Terpesong Disebabkan Bergambar Dengan Pokok Krismas"

Catat Ulasan

Loading...