Loading...

Betul Ke Jamuan Guru Di Hotel Guna Duit PIBG?

Loading...
Betul Ke Jamuan Guru Di Hotel Guna Duit PIBG? - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Betul Ke Jamuan Guru Di Hotel Guna Duit PIBG?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Betul Ke Jamuan Guru Di Hotel Guna Duit PIBG?
link : Betul Ke Jamuan Guru Di Hotel Guna Duit PIBG?

Baca juga


Betul Ke Jamuan Guru Di Hotel Guna Duit PIBG?


Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kamarozaman Abd Razak menafikan dakwaan guru menggunakan dana Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) di sekolah bagi menganjurkan jamuan akhir tahun di hotel seperti tular di media sosial baru-baru ini, lapor mStar Online.

Tambahnya, kebanyakan sekolah menubuhkan kelab guru yang membolehkan mereka mengumpulkan dana untuk kegunaan sendiri selain menegaskan guru tidak boleh menggunakan dana PIBG sesuka hati tanpa izin daripada ibu bapa walaupun turut membuat sumbangan PIBG setiap tahun.

“Bila ada kelab guru, mereka boleh ada bendahari sendiri untuk mengumpulkan sejumlah bayaran daripada guru-guru setiap bulan, untuk kegunaan khas seperti majlis perpisahan kerana guru berpindah sekolah dan persaraan termasuk jamuan akhir tahun.


“Sekolah tak ada peruntukan untuk semua itu, jadi mereka berusaha menggunakan dana sendiri. Kelab guru juga mempunyai akaun untuk simpanan dana, sekali gus memudahkan mereka mendapatkan sumbangan daripada pihak luar,” katanya kepada mStar Online.

Katanya lagi, guru juga perlu diraikan dan menyifatkan jamuan akhir tahun sebagai satu budaya dalam kalangan guru.

“Guru pun manusia biasa yang perlu diraikan. Murid-murid dah diraikan dalam jamuan lain terlebih dahulu di sekolah sebelum cuti bermula.

“Bila guna dana dan sumbangan di atas usaha mereka sendiri, terpulang kepada guru-guru untuk mengadakan jamuan itu di mana termasuk di hotel,” tambahnya.

Menurut Kamarozaman, Pihak sekolah tidak pernah meminggirkan murid, sebaliknya menganjurkan pelbagai program seperti hari keluarga, hari kokurikulum dan hari sukan.

Sebelum ini tular posting seorang pengguna Facebook (FB) yang mendakwa guru meminggirkan murid ketika mengadakan jamuan di hotel. 



Malah, segelintir netizen turut membuat spekulasi jamuan berkenaan diadakan menggunakan dana PIBG. 

Sumber: CARI


Thus Article Betul Ke Jamuan Guru Di Hotel Guna Duit PIBG?

Itulah artikel Betul Ke Jamuan Guru Di Hotel Guna Duit PIBG? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Betul Ke Jamuan Guru Di Hotel Guna Duit PIBG? dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/12/betul-ke-jamuan-guru-di-hotel-guna-duit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Betul Ke Jamuan Guru Di Hotel Guna Duit PIBG?"

Catat Ulasan

Loading...