Loading...
Tajuk : 'Dia Bawa Kereta Laju Sampai Langgar Kawan Saya Dan Tercampak Dalam Longkang' - Saksi
link : 'Dia Bawa Kereta Laju Sampai Langgar Kawan Saya Dan Tercampak Dalam Longkang' - Saksi
'Dia Bawa Kereta Laju Sampai Langgar Kawan Saya Dan Tercampak Dalam Longkang' - Saksi
Seorang penunggang motosikal dilanggar sebuah kereta yang dipandu seorang wanita, sehingga tercampak ke dalam longkang.
Rakan mangsa, Wan Primo, yang memuat naik gambar-gambar kejadian yang berlaku di Kajang Perdana itu di akaun Facebooknya berkata, dia terkejut dan sedih kerana kejadian itu berlaku di depan matanya sendiri.
"Allahu, sedih aku tengok kawan aku kena langgar dan tercampak dalam longkang ini.
"Dah kena langgar, hilang kawalan dan langgar pokok lalu tercampak ke dalam longkang," katanya.
Menurut Wan, dia mendakwa wanita berkenaan memandu kereta itu dengan laju dan disyaki sedang menggunakan telefon bimbit, sebelum melanggar mangsa.
Meskipun begitu, wanita itu tidak melarikan diri. Sebaliknya masih berada di tempat kejadian.
Berdasarkan gambar, mangsa mengalami kecederaan dan pendarahan di kepala. Motosikal mangsa juga mengalami kerosakan.
Ekoran kejadian itu juga, bampar depan kereta wanita itu turut tertanggal dan tercampak ke dalam longkang.
Sementara itu di ruangan komen, netizen tidak putus-putus menyalahkan pemandu wanita berkenaan. Namun ada segelintir netizen meminta mereka semua bersabar dan tidak memuat naik komen yang berunsurkan perkauman dan beri ruang untuk pihak polis menyiasat kejadian itu.
Sumber: The Reporter
Thus Article 'Dia Bawa Kereta Laju Sampai Langgar Kawan Saya Dan Tercampak Dalam Longkang' - Saksi
Itulah artikel 'Dia Bawa Kereta Laju Sampai Langgar Kawan Saya Dan Tercampak Dalam Longkang' - Saksi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel 'Dia Bawa Kereta Laju Sampai Langgar Kawan Saya Dan Tercampak Dalam Longkang' - Saksi dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/12/dia-bawa-kereta-laju-sampai-langgar.html
0 Response to "'Dia Bawa Kereta Laju Sampai Langgar Kawan Saya Dan Tercampak Dalam Longkang' - Saksi"
Catat Ulasan