Loading...

Dira Pun Perli Fathia, ‘Turun Padang Bukan Picit Butang’

Loading...
Dira Pun Perli Fathia, ‘Turun Padang Bukan Picit Butang’ - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dira Pun Perli Fathia, ‘Turun Padang Bukan Picit Butang’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dira Pun Perli Fathia, ‘Turun Padang Bukan Picit Butang’
link : Dira Pun Perli Fathia, ‘Turun Padang Bukan Picit Butang’

Baca juga


Dira Pun Perli Fathia, ‘Turun Padang Bukan Picit Butang’


SINDIR… Nama aktres Fathia Latiff memang terkenal segala macam isu kontroversi akhir-akhir ini kerana sering muat naik status menerusi media sosial dengan kenyataan berbaur antikerajaan.

Selepas terpalit dengan isu rakaman ‘live’ aksi panas dirinya awal tahun ini, pelakon kelahiran Pulau Pinang itu aktif ‘hentam’ kerajaan terutama UMNO setelah disisihkan pelbagai penggambaran dan program televisyen tempatan. Ramai penganalisis hiburan dan politik tanah air melihat ia mungkin berpunca akibat sikap Fathia, 30, atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff amat cenderung terhadap pembangkang khasnya serpihan UMNO iaitu PPBM.

Malahan dia pernah muncul atas talian menemuramah pengerusi parti itu yang juga pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyebarkan dakyah blok pembangkang dan giat hasut rakyat benci UMNO.

Terkesan dengan perangai Fathia yang bukan sahaja bersifat kebudak-budakan dan tidak matang mengupas isu semasa, Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Khaidhirah Abu Zahar secara terbuka menempelak artis tersebut.


Ketika berbahas pada Perhimpunan Agung tahunan sayap pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini, beliau yang pernah aktif sebagai pelakon dan kini bergiat selaku sutradara, memerli perangai ‘bimbo’ Fathia itu.

Khaidhirah atau lebih mesra dipanggil Dira, dan merupakan anak bekas Ketua Menteri Melaka, allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Isnin, menyelar pelakon kontroversi berkenaan sebagai suka cari perhatian tetapi secara negatif.

“Jika Fathia benar-benar mahu bercakap tentang perjuangan rakyat, turun padanglah bantu rakyat seperti Puteri UMNO. Tak perlu kalau sekadar hanya tahu picit butang di telefon pintar,” kata Khaidhirah, 33, dalam ucapannya.

Beliau seterusnya menasihatkan Fathia supaya belajar untuk ‘duduk diam’ dan sepatutnya menumpukan kepada kerjaya seni lakonannya yang bukanlah sehebat mana pun: “Tidak perlu campuri urusan pihak kerajaan (UMNO).”

Ucapan Khaidhirah itu jelas merujuk gerak kerja sayap itu ketika bencana banjir besar di Pulau Pinang bulan lalu yang menyaksikan pembangkang langsung tidak berbuat apa-apa malah hanya sibuk menyalahkan kerajaan pusat.

Dalam satu ‘posting’ sebagai penghormatan kepada Mahathir menerusi Instagramnya baru-baru ini, Fathia hairan, sumbangan bekas perdana menteri selama 22 tahun itu kepada negara konon seolah-olah makin dilupakan rakyat.

Mahathir kemudiannya membalas balik menerusi akaun Twitter dengan berterima kasih sambil ‘memuji’ Fathia kerana menyuarakan pandangannya: “Saya kagum dengan keberanian @fatiyalatiff.” 

Sumber: Agensi/Mynewshub.cc


Thus Article Dira Pun Perli Fathia, ‘Turun Padang Bukan Picit Butang’

Itulah artikel Dira Pun Perli Fathia, ‘Turun Padang Bukan Picit Butang’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dira Pun Perli Fathia, ‘Turun Padang Bukan Picit Butang’ dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/12/dira-pun-perli-fathia-turun-padang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dira Pun Perli Fathia, ‘Turun Padang Bukan Picit Butang’"

Catat Ulasan

Loading...