Loading...
Tajuk : Facebook perkenal ciri keselamatan baru
link : Facebook perkenal ciri keselamatan baru
Facebook perkenal ciri keselamatan baru
Ciri itu dapat mengesan dan mencegah kenalan tidak diingini seperti permintaan rakan dan mesej pengguna disekat, yang membuat percubaan ke-2 menerusi akaun baharu.
facebook SAN FRANCISCO: Facebook pada Selasa memperkenalkan satu lagi ciri baharu untuk melindungi penggunanya daripada gangguan tidak diingini daripada pihak lain, lapor agensi berita China Xinhua.
Ketua keselamatan global Facebook, Antigone Davis berkata dalam catatan di laman web rasmi syarikat itu, ciri baharu itu dapat mengesan serta mencegah kenalan tidak diingini seperti permintaan rakan dan mesej pengguna telah disekat, yang mungkin membuat percubaan ke-2 menerusi akaun baharu.
Beliau berkata, ciri baharu itu berguna kepada kaum wanita dan wartawan yang sering mengalami gangguan.
“Selain itu, pengguna Facebook boleh mengabaikan perbualan Messenger yang secara automatik akan dialih keluar dari peti masuk (inbox) tanpa perlu menyekat pengirim.
“Ciri automatik itu membantu kami mengenal pasti akaun palsu lebih cepat dan menyekat jutaan pendaftaran palsu setiap hari,” kata Davis.
Di samping itu, ciri berkenaan menghalang pemberitahuan dan mengalihkan perbualan tidak dimahukan dalam peti masuk ke fail “Filtered Messages” atau pengguna boleh membaca mesej tanpa pengetahuan pengirim.
Thus Article Facebook perkenal ciri keselamatan baru
Itulah artikel Facebook perkenal ciri keselamatan baru Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Facebook perkenal ciri keselamatan baru dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/12/facebook-perkenal-ciri-keselamatan-baru.html
0 Response to "Facebook perkenal ciri keselamatan baru"
Catat Ulasan