Loading...

Isu Baitulmaqdis. Ini Komen Ulama Syiah Iran Yang Ditunggu Ramai

Loading...
Isu Baitulmaqdis. Ini Komen Ulama Syiah Iran Yang Ditunggu Ramai - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Isu Baitulmaqdis. Ini Komen Ulama Syiah Iran Yang Ditunggu Ramai, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Isu Baitulmaqdis. Ini Komen Ulama Syiah Iran Yang Ditunggu Ramai
link : Isu Baitulmaqdis. Ini Komen Ulama Syiah Iran Yang Ditunggu Ramai

Baca juga


Isu Baitulmaqdis. Ini Komen Ulama Syiah Iran Yang Ditunggu Ramai


Banyak negara Islam membantah Baitulmaqdis dijadikan ibu negara Israel. Di saat ramai tertanya apa pendirian Iran, akhirnya tokoh ulama Syiah Iran mula bersuara….

SOKONG INTIFADA PALESTIN

Ulama kanan Iran menggesa penduduk Palestin bangkit menentang Israel selepas Presiden Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Ayatollah Ahmad Khatami, ulama konservatif yang mengimamkan solat Jumaat hari ini, berkata Trump sudah menjejaskan usaha damai selama bertahun-tahun dengan keputusan itu.

“Dia membuktikan bahawa penawar bagi isu Palestin cuma Intifada.

“Cuma Intifada boleh menukarkan hari menjadi malam menakutkan bagi rejim Zionis,” kata Khatami, yang dilantik pemimpin agung Iran, Ali Khamenei, dalam khutbah Jumaat di masjid terbesar Iran, Mosalla.


RAKYAT IRAN TURUT BANGKIT NYATA BANTAHAN

Beliau menggesa penduduk Palestin bangkit dan menentang rejim penceroboh itu.

Dalam perkembangan berkaitan, ratusan penduduk Iran berkumpul di seluruh negara itu hari ini bagi mengutuk keputusan Trump itu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Stesen televisyen menyiarkan penunjuk perasaan melaungkan ‘Mati Amerika’ dan ‘Mati Israel’, mengibarkan bendera Palestin dan sepanduk berbunyi: ‘Baitulmaqdis milik Islam’.

Menggambarkan AS dan Israel sebagai penindas, Khamenei berkata, keputusan Trump adalah simbol ketidakupayaan dan kegagalan. – AFP/Reuters

Sumber: BH Online via http://ift.tt/29dwdNF


Thus Article Isu Baitulmaqdis. Ini Komen Ulama Syiah Iran Yang Ditunggu Ramai

Itulah artikel Isu Baitulmaqdis. Ini Komen Ulama Syiah Iran Yang Ditunggu Ramai Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Isu Baitulmaqdis. Ini Komen Ulama Syiah Iran Yang Ditunggu Ramai dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/12/isu-baitulmaqdis-ini-komen-ulama-syiah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isu Baitulmaqdis. Ini Komen Ulama Syiah Iran Yang Ditunggu Ramai"

Catat Ulasan

Loading...