Loading...

Isu Baitulmaqdis: Trump ancam tarik balik bantuan kewangan negara sokong PBB

Loading...
Isu Baitulmaqdis: Trump ancam tarik balik bantuan kewangan negara sokong PBB - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Isu Baitulmaqdis: Trump ancam tarik balik bantuan kewangan negara sokong PBB, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Isu Baitulmaqdis: Trump ancam tarik balik bantuan kewangan negara sokong PBB
link : Isu Baitulmaqdis: Trump ancam tarik balik bantuan kewangan negara sokong PBB

Baca juga


Isu Baitulmaqdis: Trump ancam tarik balik bantuan kewangan negara sokong PBB

AKHBAR RAKYAT



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu mengancam untuk menarik balik bantuan kewangan daripada negara yang menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menolak pengiktirafan AS dalam isu Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, lapor agensi berita China Xinhua.

“Mereka mengambil beratus-ratus juta dolar, bahkan berbilion dolar, dan mereka mengundi menentang kami,” kata Trump kepada pemberita pada mesyuarat kabinet di White House.
“Kita sedang memerhatikan undi-undi tersebut. Biarkan mereka mengundi menentang kita. Kita akan menjimatkan wang yang begitu banyak. Kita tidak peduli,” katanya.

Kenyataan Trump dibuat selepas Duta AS ke PBB, Nikki Haley, menerusi akaun Twitter beliau menyatakan: “AS akan mengambil nama” mereka yang mengkritik pilihan AS di Perhimpunan Agung PBB.

Perhimpunan Agung PBB akan mengadakan sesi mesyuarat tergempar yang jarang dilakukan bagi membincangkan status Baitulmaqdis pada Khamis selepas AS menggunakan kuasa vetonya terhadap gesaan awal yang digubal oleh Mesir agar Washington menarik balik keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

AS pada Isnin menggunakan kuasa vetonya terhadap satu draf resolusi Majlis Keselamatan berhubung status Baitulmaqdis.


Semua 14 ahli Majlis Keselamatan mengundi untuk menyokong teks draf yang digubal oleh Mesir itu.

Bagaimanapun, memandangkan AS, yang merupakan ahli tetap Majlis Keselamatan, mempunyai kuasa veto, resolusi itu tidak dapat diterima pakai.

Sebelum undian, Duta Mesir ke PBB, Amr Abdellatif Aboulatta menjelaskan draf resolusi itu bertujuan memastikan sebarang percubaan untuk mengubah ciri-ciri atau komposisi demografik Kota Lama Baitulmaqdis tidak mempunyai kesan, batal serta tidak sah dan hendaklah dimansuhkan.

Draf resolusi itu turut menggesa semua pihak tidak mewujudkan misi diplomatik di Baitulmaqdis, katanya.

Menurut sumber PBB, Duta Palestin Riyad Mansour berkata negaranya berharap Perhimpunan Agung tersebut akan merangka satu resolusi bagi menggesa penarikan balik langkah AS itu.

Pada 6 Disember, Trump mengisytiharkan AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel dan akan memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, yang mencetuskan kemarahan besar-besaran dalam kalangan dunia Arab dan Islam.



Thus Article Isu Baitulmaqdis: Trump ancam tarik balik bantuan kewangan negara sokong PBB

Itulah artikel Isu Baitulmaqdis: Trump ancam tarik balik bantuan kewangan negara sokong PBB Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Isu Baitulmaqdis: Trump ancam tarik balik bantuan kewangan negara sokong PBB dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/12/isu-baitulmaqdis-trump-ancam-tarik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isu Baitulmaqdis: Trump ancam tarik balik bantuan kewangan negara sokong PBB"

Catat Ulasan

Loading...