Loading...

Lelaki Ditahan Polis Selepas Dipercayai Bunuh Pencuri..

Loading...
Lelaki Ditahan Polis Selepas Dipercayai Bunuh Pencuri.. - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lelaki Ditahan Polis Selepas Dipercayai Bunuh Pencuri.., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Lelaki Ditahan Polis Selepas Dipercayai Bunuh Pencuri..
link : Lelaki Ditahan Polis Selepas Dipercayai Bunuh Pencuri..

Baca juga


Lelaki Ditahan Polis Selepas Dipercayai Bunuh Pencuri..


Nasib tidak menyebelahi, seorang lelaki ditahan selepas dipercayai membunuh pencuri yang memecah masuk warung milik kakaknya di Seberang Jaya, Pulau Pinang, petang semalam.

Dalam kejadian jam 6.15 petang itu, mangsa berusia 30 tahun bersama dengan seorang lagi rakannya sedang memasukkan peralatan dapur ke dalam kenderaan sebelum suspek menghampiri mereka. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, suspek kemudian cuba menghalang perbuatan kedua-dua lelaki itu menyebabkan berlakunya pergelutan di antara mereka. 

Difahamkan, sebelum kejadian itu, suspek berada di rumahnya di Seberang Jaya dan menerima panggilan daripada kakaknya yang memaklumkan ada seorang lelaki yang sedang memanjat pagar warungnya di Jelawat 4, manakala seorang lagi menunggu di dalam kereta. 


Suspek kemudian datang ke lokasi dan ternampak seorang lelaki berkenaan yang sedang memasukkan barang ke dalam kereta, lalu pergi ke kereta itu untuk menghalang dan mengambil kunci kereta. 

"Lelaki yang berada dalam kereta itu memegang baju suspek, manakala seorang lagi lelaki menerpa ke arahnya sehingga berlaku pergelutan. 

"Suspek mendakwa, dua lelaki berkenaan melarikan diri dengan seorang daripada mereka dalam keadaan berdarah dan memegang pemotong besi ke arah stesen minyak berdekatan. 

"Mangsa melarikan diri sebelum mayatnya ditemui di dalam parit berhampiran stesen minyak tidak jauh dari Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) pada jam 6.35 petang oleh orang ramai.

"Mangsa dikenali sebagai S Prince Jevadurai, 30, beralamat di Bertam," katanya.

Siasatan di lokasi juga menemui pemotong besi, dompet dan telefon bimbit. Rakan mangsa juga dipercayai telah melarikan diri selepas kejadian itu.


Pemeriksaan pada mayat mangsa mendapati, terdapat kesan kecederaan di bahagian kepala dan badan. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Seberang Jaya (HSJ). 

Susulan kejadian itu, suspek berusia 33 tahun kemudian tampil membuat laporan polis dan terus ditahan untuk siasatan lanjut. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: The Reporter


Thus Article Lelaki Ditahan Polis Selepas Dipercayai Bunuh Pencuri..

Itulah artikel Lelaki Ditahan Polis Selepas Dipercayai Bunuh Pencuri.. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Lelaki Ditahan Polis Selepas Dipercayai Bunuh Pencuri.. dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/12/lelaki-ditahan-polis-selepas-dipercayai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lelaki Ditahan Polis Selepas Dipercayai Bunuh Pencuri.."

Catat Ulasan

Loading...