Loading...

Lelaki Memuatnaik Gambar Isteri, Lalu Menumbuk Setiap Kali 'Like' Diterima.

Loading...
Lelaki Memuatnaik Gambar Isteri, Lalu Menumbuk Setiap Kali 'Like' Diterima. - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lelaki Memuatnaik Gambar Isteri, Lalu Menumbuk Setiap Kali 'Like' Diterima., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Lelaki Memuatnaik Gambar Isteri, Lalu Menumbuk Setiap Kali 'Like' Diterima.
link : Lelaki Memuatnaik Gambar Isteri, Lalu Menumbuk Setiap Kali 'Like' Diterima.

Baca juga


Lelaki Memuatnaik Gambar Isteri, Lalu Menumbuk Setiap Kali 'Like' Diterima.


Laman sosial seperti Facebook, Instagram mahupun Twitter merupakan portal yang memberi peluang kepada pengguna untuk menerima respon daripada rakan mahupun kenalan baru, namun tidak semua respon yang diterima itu memberi kegembiraan kepada individu terbabit.

Adolfina Camelli Ortigoza, 21, seorang wanita di Uruguay, terpaksa menahan kesakitan dan penderitaan selepas diperlakukan dengan kejam oleh suaminya setiap kali gambar dimuat naik di laman Facebook.

Dia dipukul dan diperlakukan dengan ganas oleh suaminya yang cemburu selepas melihat gambar isterinya menerima banyak reaksi daripada kenalan-kenalan dilaman Facebook, lapor portal berita antarabangsa.

Menurut peguam wanita itu, suami mangsa, Pedro Heriberto Galeano akan berkelakuan ganas apabila ada individu yang menekan butang “like” pada gambar yang dimuat naik oleh isterinya di laman Facebook.


Arnaldo Martinez berkata, suspek akan membelasah dan memukul mangsa bagi setiap “like” yang diterima pada gambar yang dimuat naik.

Beliau menambah, anak guamnya akan berada dalam ketakutan setiap kali mendapat tahu bahawa seseorang memberi reaksi atau meninggalkan komen pada kemaskininya.

Tambahan lagi, suami mangsa juga mengambil alih akaun Facebook isterinya di mana, beliau akan memuatnaik gambar dengan sendiri lalu menumbuk dan menendangnya setiap kali 'like' diterima.

Lelaki tersebut bertindak demikian kerana menuduh isterinya mempunyai hubungan dengan mereka yang memberi reaksi 'like'.

Lebih malang, rakan-akan Adolfina tidak mengetahui bahawa setiap “like” yang diberikan mereka menyebabkan mangsa dipukul dengan teruk.

Penderitaan mangsa berakhir selepas bapa mertuanya melaporkan perbuatan kejam anaknya itu kepada polis selepas bimbang Adolfina mungkin akan mati jika serangan berterusan diterima mangsa.

Suspek berjaya ditahan polis dan berdepan hukuman maksimun 30 tahun penjara jika disabit bersalah atas perbuatan tersebut.

Sumber: malaysiandigest


Thus Article Lelaki Memuatnaik Gambar Isteri, Lalu Menumbuk Setiap Kali 'Like' Diterima.

Itulah artikel Lelaki Memuatnaik Gambar Isteri, Lalu Menumbuk Setiap Kali 'Like' Diterima. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Lelaki Memuatnaik Gambar Isteri, Lalu Menumbuk Setiap Kali 'Like' Diterima. dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/12/lelaki-memuatnaik-gambar-isteri-lalu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lelaki Memuatnaik Gambar Isteri, Lalu Menumbuk Setiap Kali 'Like' Diterima."

Catat Ulasan

Loading...