Loading...
Tajuk : LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN EVERTON
link : LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN EVERTON
LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN EVERTON
Musim ni jiran yang dulu kemain garang, dah nampak teruk. Everton punya sombong gila awal musim. Eksyen sebab mereka belanja besar awal musim. Beli goli bagus, bek bagus, pemain tengah bagus dan bekas penyerang Barcelona lagi. Jiran camni memang dah ada contoh dalam cerita drama, beli sebab nak menunjuk padahal rumah sempit tak reti nak deco. Akhirnya perabot yang mahal jadi semak.Lain dengan Klopp, dia degil walaupun pemilik dah beri cek kosong untuk beli macam2. Klopp nak barang berharga tokey gantung buat perhiasan taknak jual. Nak juga sampai taknak cari kat kedai lain walaupun ada hampir sama kualiti dengan harga lebih murah. Sebab dia cakap dia taknak yang lain sebab sasaran itu sahaja kena dengan citarasa beliau.
Kini abam baru faham Klopp jenis sebiji macam abam. Kalau nak beli yang tu nak yang tu juga. Kes minggu lepas tengok kasut cap Unta. Takda saiz, siap cari banyak tempat tadak pun habis paten tu. Isteri suruh ambil yang lain abam cakap taknak baik pakai apa yang ada sambil dok pesan kat jurujual kalau ada tolong simpan.
Balik rumah baru teringat adidas buruk pakai ok lagi walaupun tapak haus dan warna dah buruk. Jadi macam Kloop pakai Lovren ibarat abam pakai adidas haus tadi. Walaupun kadangkala tapak haus, kalau kawasan licin boleh tergelincir, kita akan berhati-hati elak. Itu macam taktikal Klopp dengan Lovren. Dia tahu selagi kasut cap unta tak dapat, dia terpaksa berhati- hati pakai adidas walaupun risiko tergelincir akan ada.
Sori melalut skit. Kita fokus kepada perlawanan dengan Everton. Tak banyak nak cerita pasal pasukan kita yang serba meningkat. Serangan kembali menggila dan lebih penting kurang dah bolos. Malah pemain kita Mat Salah jadi peneraju penjaring Liga Perdana dan dah dapat 2 kali pemain terbaik musim ni. Taktikal juga Klopp mereka macam2 dan kesemua menjadi disamping sistem penggiliran pemain yang kena pada masa.
Everton pula memang berserabut dengan Koeman. Taktikal Koeman tak sesuai dengan pemain. Tak pasti samada pembelian itu datang dari Koeman atau Moshiri, CEO Everton. Mungkin camni berlaku kes Brendan Rodgers dengan komiti perpindahan. Apapun perlantikan Sam Alardyce memang suatu perkembangan baik buat mereka. Selalunya Sam datang kepada kelab teruk, dia berjaya stabilkan pasukan itu walapun taklah sampai menang apa2.
Jadi sekali lagi perlawanan kali ni mungkin lebih beraksi dan sensasi sebab Sam Boroi jenis suka aksi ragbi dan cekap nak hadang pasukan yang main menyerang. Dia akan apa jua cara samada susun bas bagai. Kita faham sungguh perangai sejak dari zaman Blackburn , Bolton serta West Ham. Jadi Klopp kena hadap karenah Sam untuk hadapi pengurus lejen bab taktikal buruk camtu. Lagipun pemain kena fokus untuk elak provokasi lawan sebab perlawanan kejiranan memang ada aksi ganas dan pengadil yang nak adili perlawanan juga rajin bagi kad merah musim ni.
Thus Article LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN EVERTON
Itulah artikel LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN EVERTON Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN EVERTON dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/12/liga-perdana-liverpool-lawan-everton.html
0 Response to "LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN EVERTON"
Catat Ulasan