Loading...
Tajuk : LZS dan AlHijrah lancar TV Kasihku
link : LZS dan AlHijrah lancar TV Kasihku
LZS dan AlHijrah lancar TV Kasihku
OLEH NORHAYATI UMORSHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama TV AlHijrah melancarkan program TV Kasihku bagi membuka ruang keluarga asnaf merubah kehidupan dengan lebih baik.
Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Abdul Basith Hamid berkata, program yang mula bersiaran pada 26 Disember ini turut memberi ruang pengeluar zakat terutamanya dalam kalangan syarikat korporat untuk bersama menyantuni keperluan penerima.
“Melihat judul rancangan, jelas menggambarkan matlamat dan objektif penerbitan.
“Di sebalik kesusahan, di situlah ada bantuan. Dengan program ini, ia merupakan platform hebahan khusus bagi memberi pemahaman, perspektif dan informasi,” katanya.
Antara lain, tujuan penerbitan program itu adalah untuk mengangkat budaya muhibbah dan kerjasama tidak berbelah bahagi di antara agensi kerajaan, media dan badan korporat dalam usaha menaiktaraf kehidupan asnaf.
Kasihku akan bersiaran lapan episod di TV AlHijrah pada setiap Selasa, jam 6.30 petang.
Thus Article LZS dan AlHijrah lancar TV Kasihku
Itulah artikel LZS dan AlHijrah lancar TV Kasihku Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel LZS dan AlHijrah lancar TV Kasihku dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/12/lzs-dan-alhijrah-lancar-tv-kasihku.html
0 Response to "LZS dan AlHijrah lancar TV Kasihku"
Catat Ulasan