Loading...

Majikan Tidak Berhak Whatsapp Pekerja Selepas Waktu Kerja Melainkan Bayar Gaji Lebih

Loading...
Majikan Tidak Berhak Whatsapp Pekerja Selepas Waktu Kerja Melainkan Bayar Gaji Lebih - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Majikan Tidak Berhak Whatsapp Pekerja Selepas Waktu Kerja Melainkan Bayar Gaji Lebih, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Majikan Tidak Berhak Whatsapp Pekerja Selepas Waktu Kerja Melainkan Bayar Gaji Lebih
link : Majikan Tidak Berhak Whatsapp Pekerja Selepas Waktu Kerja Melainkan Bayar Gaji Lebih

Baca juga


Majikan Tidak Berhak Whatsapp Pekerja Selepas Waktu Kerja Melainkan Bayar Gaji Lebih


Penggunaan WhatsApp sememangnya memudahkan komunikasi malah mampu melancarkan urusan kerja akan tetapi arahan majikan melalui aplikasi WhatsApp selepas waktu bekerja dikatakan memberi tekanan kepada pekerja.

Menurut Presiden Kongres Kesatuan Kerja Malaysia MTUC, Abdul Halim Mansor, apabila urusan kerja masih berlaku menerusi aplikasi WhatsApps selepas waktu pejabat, ia merupakan satu tekanan kepada pekerja serta aplikasi itu tidak sesuai digunakan untuk urusan rasmi pejabat.

"Sekiranya pihak majikan benar-benar memerlukan pekerjanya untuk bekerja pihak syarikat perlu menghubungi pekerja tersebut melalui telefon atau menjemputnya di tempatnya.

"Apa jua aplikasi media sosial tidak boleh dianggap sebagai medium rasmi biarpun memudahkan penyampaian pesanan," tambahnya.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan undang-undang yang lebih jelas dengan mengambil kira perkembangan teknologi semasa.

Mengikut Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1995, seseorang itu tidak boleh diarahkan bekerja lebih 5 jam berterusan tanpa rehat dan tidak melebihi 8 jam sehari atau 48 jam seminggu, jika pekerja bekerja melebihi tempoh tersebut, mereka berhak menuntut bayaran lebih masa tapi itu hanya terpakai di pejabat dan urusan kerja secara fizikal.


Namun, apa yang menjadi dilema ialah arahan yang diberikan oleh majikan selepas waktu bekerja melalui aplikasi WhatsApp, Telegram serta sistem pesanan ringkas yang lain.

Sementara itu, pekerja yang berhadapan dengan situasi demikian mengakui arahan majikan melalui WhatsApp menjejaskan kehidupan peribadi.

Seorang kakitangan disebuah institut perniagaan di ibu negara berkata, sudah menjadi lumrah majikannya memberi arahan untuk menyiapkan tugas di luar waktu pejabat melalui media sosial.

Katanya, perkara tersebut menganggu emosinya apabila perlu memikirkan urusan kerja sewaktu dia bersama keluarga.

Selain itu, ia juga menimbulkan salah faham dalam kalangan ahli keluarganya, kerana masa berkualiti dengan mereka sering diganggu.

Dia yang turut bersetuju sekiranya pihak sumber manusia memberikan garis panduan lebih jelas mengenai batas waktu urusan bekerja sejajar dengan perkembangan dengan teknologi semasa ataupun mempunyai insiatif khas serta elaun sekiranya ada perbincangan kerja di luar waktu bertugas.

Jelasnya, dia lebih suka jika ada budi bicara diantara majikan dan pekerja dalam meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.

Sumber: Siakapkeli


Thus Article Majikan Tidak Berhak Whatsapp Pekerja Selepas Waktu Kerja Melainkan Bayar Gaji Lebih

Itulah artikel Majikan Tidak Berhak Whatsapp Pekerja Selepas Waktu Kerja Melainkan Bayar Gaji Lebih Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Majikan Tidak Berhak Whatsapp Pekerja Selepas Waktu Kerja Melainkan Bayar Gaji Lebih dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/12/majikan-tidak-berhak-whatsapp-pekerja.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Majikan Tidak Berhak Whatsapp Pekerja Selepas Waktu Kerja Melainkan Bayar Gaji Lebih"

Catat Ulasan

Loading...