Loading...

Masih Ada RM5.96 Bilion Wang Belum Dituntut (WTD) Yang Belum Dituntut

Loading...
Masih Ada RM5.96 Bilion Wang Belum Dituntut (WTD) Yang Belum Dituntut - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Masih Ada RM5.96 Bilion Wang Belum Dituntut (WTD) Yang Belum Dituntut, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Masih Ada RM5.96 Bilion Wang Belum Dituntut (WTD) Yang Belum Dituntut
link : Masih Ada RM5.96 Bilion Wang Belum Dituntut (WTD) Yang Belum Dituntut

Baca juga


Masih Ada RM5.96 Bilion Wang Belum Dituntut (WTD) Yang Belum Dituntut


Jabatan Akuantan Negara sahkan RM5.96 bilion Wang Tidak Dituntut (WTD) masih tersimpan sehingga 31 Oktober lalu.

Berdasarkan sumber, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, berkata, WTD dipegang Jabatan Akauntan Negara sebagai pemegang amanah sehingga 15 tahun dan selepas itu, dimasukkan dalam pindahan hasil.

Jelasnya, walaupun wang berkenaan sudah dimasukkan ke pindahan hasil, sekiranya ada individu atau waris datang untuk membuat tuntutan, kerajaan akan membuat pembayaran jika ada dokumen kukuh.

"Prosedur untuk menuntut tidak menyusahkan sangat. Hanya perlu membawa kad pengenalan untuk semakan.


"Sekiranya pemilik wang sudah meninggal dunia, waris boleh menuntut dengan membawa sijil kematian dan surat beranak (sijil kelahiran) bagi mengesahkan ada kaitan dengan si mati.

"Sekiranya borang lengkap dan memenuhi prosedur ditetapkan, insya Allah pembayaran akan dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan borang," katanya.

Pada suku kedua 2018, kerajaan akan melancarkan Electronic Government Unclaimed Money Information System (eGUMIS) bagi memudahkan semakan status wang tidak dituntut .

Tambahnya, kira-kira 70 peratus WTD membabitkan urusan perbankan seperti akaun simpanan dan akaun semasa.

Manakala, tuntutan insurans pula meliputi 18 peratus dan 12 peratus lagi membabitkan penghutang dan pemiutang perdagangan.

Dari bulan Januari hingga bulan lalu, 52,015 pemilik akaun membuat semakan WTD di Jabatan Akauntan Negara dan paling ramai dari ibu negara, iaitu 34,353 orang.

"Ada juga kes pemilik akaun keliru dan menumbuk meja, ketika membuat semakan di Jabatan Akaun Negara kerana mendakwa wang mereka hilang.

"Dalam buku akaun simpanan mereka mempunyai simpanan RM20,000, tetapi apabila membuat semakan hanya ada RM215.

"Apabila disiasat mereka mengeluarkan simpanan menggunakan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan tidak pernah mengemas kini buku akaun simpanan," katanya.

WTD akan dibayar kepada pemilik wang berkenaan tanpa faedah mengikut Seksyen 11 (3) Akta WTD 1965.

Sumber: Siakapkeli


Thus Article Masih Ada RM5.96 Bilion Wang Belum Dituntut (WTD) Yang Belum Dituntut

Itulah artikel Masih Ada RM5.96 Bilion Wang Belum Dituntut (WTD) Yang Belum Dituntut Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Masih Ada RM5.96 Bilion Wang Belum Dituntut (WTD) Yang Belum Dituntut dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/12/masih-ada-rm596-bilion-wang-belum.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Masih Ada RM5.96 Bilion Wang Belum Dituntut (WTD) Yang Belum Dituntut"

Catat Ulasan

Loading...