Loading...
Tajuk : Pahang tidak mahu jadi penghuni tercorot
link : Pahang tidak mahu jadi penghuni tercorot
Pahang tidak mahu jadi penghuni tercorot
ARKIB : 10/02/2009
KUANTAN - Di atas kertas, pasukan Kuala Muda (KM) Naza yang menduduki tangga ketujuh kelihatan lebih gah berbanding Pahang yang kini berada di tangga keempat tercorot dalam saingan Liga Super.
Namun, tempoh 90 minit malam ini akan menjadi penentu bahawa Tok Gajah semakin bersedia mengharungi kancah Liga Super apabila kedua-dua pasukan terbabit bertemu di Stadium Darul Makmur.
Pahang pastinya tidak mahu menjadi penghuni tangga tercorot kerana kemungkinan itu akan terjadi jika tewas di tangan KM Naza malam ini.
Kemenangan 1-0 ketika menentang UPB-MyTeam dalam saingan Liga Super 13 Januari lalu dan seri 1-1 dengan PKNS dalam kancah Piala FA pada 31 Januari lalu membuktikan anak-anak buah Tajuddin Nor kian matang dalam persembahan mereka.
Jurulatih Pahang itu bagaimanapun tetap menganggap KM Naza merupakan sebuah pasukan yang tidak boleh dipandang rendah kerana mempunyai ramai pemain berpengalaman berbanding Pahang.
Selepas berehat yang agak panjang, katanya, pelbagai persiapan diatur menjelang perlawanan malam ini bagi memastikan Pahang keluar daripada kelompok pasukan tercorot walaupun saingan masih di awal musim.
''Saya yakin para pemain mampu memberi tentangan memandangkan pelbagai persiapan telah dilakukan menjelang perlawanan malam ini.
''Bermain di depan penyokong sendiri diharap dapat meningkatkan keyakinan pemain dalam pertemuan kali ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi semalam.
Beliau turut mengharapkan sokongan penyokong supaya terus memberi semangat kepada para pemain muda Pahang bagi memastikan tiga mata penuh adalah milik skuad Tok Gajah.
sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2yYnCdS
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thus Article Pahang tidak mahu jadi penghuni tercorot
Itulah artikel Pahang tidak mahu jadi penghuni tercorot Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pahang tidak mahu jadi penghuni tercorot dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/12/pahang-tidak-mahu-jadi-penghuni-tercorot.html
0 Response to "Pahang tidak mahu jadi penghuni tercorot"
Catat Ulasan