Loading...

PPBM anggap DAP setuju Tun Mahathir jadi calon perdana menteri PH

Loading...
PPBM anggap DAP setuju Tun Mahathir jadi calon perdana menteri PH - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PPBM anggap DAP setuju Tun Mahathir jadi calon perdana menteri PH, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PPBM anggap DAP setuju Tun Mahathir jadi calon perdana menteri PH
link : PPBM anggap DAP setuju Tun Mahathir jadi calon perdana menteri PH

Baca juga


PPBM anggap DAP setuju Tun Mahathir jadi calon perdana menteri PH

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menganggap DAP bersetuju dengan cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) jika menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
 
Ketua penerangannya, Datuk Kamaruddin Mohd Noor berkata kesediaan DAP menamakan individu lain untuk jawatan yang sebelum ini dikhususkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, menunjukkan parti itu mungkin bersetuju jika ia digantikan dengan nama Dr Mahathir.
 
Anwar hilang kelayakan menjadi calon perdana menteri apabila masih menjalani hukuman penjara selepas disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
 
"DAP menyebut (mereka) ada pilihan lain. Jadi kita beri tafsiran kenyataan itu seperti yang diputuskan dalam 'retreat' PH baru-baru ini iatu nama (calon) adalah Dr Mahathir," katanya kepada Antarapos.
 
Terdahulu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata PH akan mengumumkan calon perdana menteri yang baru pada Januari 2018.
 
Guan Eng, ketika mengadakan sidang medianya tanpa kehadiran mana-mana pemimpin PH yang lain turut berkata pihaknya sudah mempunyai pilihan lain menggantikan Anwar yang sebelum ini diangkat gagasan itu sebagai perdana menteri yang seterusnya.
 
Kamaruddin ketika mengulas lanjut berkata kenyataan Guan Eng itu senada dengan keputusan yang dicapai PH ketika pemukiman gagasan pembangkang itu.
 
"Dahulu DAP secara terbuka mengatakan Anwar sebagai calon PM. Itu adalah pendirian DAP dahulu.
 
"Mengambil kira pada baru-baru ini ketika PH mengadakan 'retreat', yang turut membincangkan perkara ini dan ada persetujuan bahawa calonnya telah dikenalpasti, termasuk DAP yang sokong calon itu, yakni Dr Mahathir," ujarnya.
 
Tambah Kamaruddin pengumuman Guan Eng itu akan dilakukan pada Konvensyen PH yang dijadualkan berlangsung pada 7 Januari depan.
 
Sebelum ini Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PH dinamakan sebagai calon perdana menteri manakala Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai calon timbalan perdana menteri.
 
Bagaimanapun media melaporkan beberapa pemimpin gagasan itu tidak bersetuju dengan cadangan nama berkenaan.
 
 


Thus Article PPBM anggap DAP setuju Tun Mahathir jadi calon perdana menteri PH

Itulah artikel PPBM anggap DAP setuju Tun Mahathir jadi calon perdana menteri PH Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PPBM anggap DAP setuju Tun Mahathir jadi calon perdana menteri PH dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/12/ppbm-anggap-dap-setuju-tun-mahathir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PPBM anggap DAP setuju Tun Mahathir jadi calon perdana menteri PH"

Catat Ulasan

Loading...