Loading...

Sharing Is Caring : Kesan awal penyakit buah pinggang

Loading...
Sharing Is Caring : Kesan awal penyakit buah pinggang - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sharing Is Caring : Kesan awal penyakit buah pinggang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sharing Is Caring : Kesan awal penyakit buah pinggang
link : Sharing Is Caring : Kesan awal penyakit buah pinggang

Baca juga


Sharing Is Caring : Kesan awal penyakit buah pinggang

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...
DATA pesakit buah pinggang pada 1993 menunjukkan 18 orang bagi setiap satu juta penduduk Malaysia menghidap penyakit buah pinggang. Selepas 20 tahun, iaitu pada 2013, angka itu meningkat kepada 23 orang bagi setiap satu juta penduduk.

Hasil kajian oleh kerajaan terus menunjukkan kebimbangan apabila diramal pada 2040, jumlah pesakit buah pinggang di negara ini meningkat menjadi 2.5 juta orang.
Gaya hidup yang tidak sihat, serta penyakit-penyakit lain seperti obesiti, tekanan darah tinggi dan kencing manis merupakan antara penyebab punca kegagalan buah pinggang atau ginjal.

Jumlah pesakit semakin meningkat dalam kalangan warga emas yang berumur 65 tahun dan ke atas, dengan kata lain, apabila umur meningkat, pesakit buah pinggang turut meningkat.

Pengurus Operasi Kawasan DaVita (Malaysia) Sdn. Bhd., Nur Majidah Mustaffa Kamal, berkata, buah pinggang berfungsi mengeluarkan atau membuang bahan kumuhan, seperti air kencing, asid dan garam yang berlebihan dalam badan.

Katanya, organ yang terletak di pertengahan belakang di bawah tulang rusuk dan hanya seberat 0.5 peratus daripada keseluruhan berat badan seseorang, turut berfungsi mengeluarkan hormon-hormon bagi mengawal tekanan darah, pembentukan sel darah merah dan menjaga kesihatan tulang.

Penyebab utama kerosakan buah pinggang adalah penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, batu karang dan radang buah pinggang (glomerulonephritis).
Selain itu, penggunaan ubat tahan sakit, ubat-ubatan tradisional dan herba juga dikatakan boleh menjejaskan kesihatan buah pinggang.

“Kerosakan buah pinggang berlaku dengan cepat sekiranya tekanan darah tidak terkawal, gula yang tinggi (jika anda menghidap kencing manis), kebocoran protein dalam air kencing, merokok, berat badan berlebihan, sering makan ubat tahan sakit atau ubat tradisional.

“Ada lima peringkat penyakit buah pinggang. Apabila doktor mendapati seseorang pesakit itu sudah sampai ke peringkat tiga dan empat, doktor akan menyarankan pesakit untuk merujuk ke pakar buah pinggang bagi membuat persediaan awal,” katanya semasa ditemui di majlis pelancaran pusat Dialisis DaVita, di Wisma Perkeso, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Nur Majidah berkata, terdapat tiga pilihan rawatan bagi pesakit buah pinggang, iaitu hemodialisis, peritoneal dialisis (cuci air) dan pemindahan buah pinggang (tansplan).

Lazimnya, hemodialisis atau cuci darah dilakukan tiga kali seminggu dan setiap kali selama empat jam.

Katanya, pada 2016 sahaja, jumlah pesakit yang perlu menjalani hemodialisis ialah seramai 29,500 orang dan kini telah meningkat kepada 38,000 orang.
Dari segi kos dialisis pula, pada 2015 menunjukkan seseorang pesakit buah pinggang perlu mengeluarkan perbelanjaan di antara RM29,800 hingga RM34,000 setahun, tidak termasuk kos-kos lain.

Transplan memang lebih baik daripada dialisis, namun hanya dibenarkan daripada ibu bapa, adik beradik dan suami isteri sahaja, dengan pesakit perlu mengambil ubat antipenolakan seumur hidup yang kosnya tidaklah murah.
Nur Majidah menjelaskan, penyakit buah pinggang boleh dikesan pada peringkat awal dengan menjalani ujian darah, creatinine, paras gula dalam darah, ujian air kencing dan pemeriksaan tekanan darah.

Namun, pada peringkat awal penyakit ini tidak menunjukkan apa-apa tanda, malah 80 peratus pesakit buah pinggang tidak mengetahui yang mereka menghidap penyakit tersebut.

“Penyakit buah pinggang boleh dicegah jika anda mengamalkan gaya hidup sihat, makan makanan yang berkhasiat, kawal berat badan, melakukan senaman, berhenti merokok dan kurangkan pengambilan garam.

“Selain itu, kawal paras gula dalam darah dan kawal tekanan darah. Makan ubat dengan betul dan menurut saranan doktor dan pastikan tekanan darah anda di bawah 140/90 atau yang dinasihatkan oleh doktor. Pastikan mendapat rawatan susulan yang teratur dan patuhi arahan doktor. “Obesiti meningkatkan risiko penyakit buah pinggang. Obesiti juga menyebabkan strok, kencing manis, urat berpintal, serangan jantung, sakit sendi dan tekanan darah tinggi,” katanya.

Pusat dialisis holistik 

Diwujudkan sejak 2012, Pusat Dialisis DaVita berfungsi menyediakan perkhidmatan hemodialisis kepada lebih 1,600 orang pesakit buah pinggang peringkat akhir di lebih 38 buah pusat tersebut di seluruh negara.

Selain rawatan dialisis berkualiti tinggi, pusat tersebut turut berusaha meningkatkan kualiti hidup pesakit dengan menyediakan penjagaan klinikal yang berinovasi, perancangan rawatan yang berintegrasi, dan jururawat terlatih yang memberikan penjagaan optimum serta cekap mengendalikan keadaan dalam kecemasan.

Ia juga terpilih sebagai satu-satunya pusat dialisis di negara ini yang menerima akreditasi daripada Malaysia Society for Quality in Health (MSQH) bagi tiga buah pusat mereka.
Satu daripada pusat dialisisnya turut tersenarai dalam Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), sebagai pusat dialisis pilihan bagi pesakit antarabangsa.

Menurut Nur Majidah Mustaffa Kamal, pusat tersebut juga membawa pendekatan holistik kepada pesakit-pesakit dengan perkhidmatan tambahan seperti permohonan tajaan, pengangkutan dan kaunseling kepada pesakit mengenai beberapa topik seperti pentingnya akses vaskular, pengurusan cecair dan diet.

“Sebagai antara pelopor kepada perkhidmatan penjagaan buah pinggang, kami berusaha menjadi komuniti penjagaan kesihatan yang dikenali di seluruh dunia,” katanya.

www.utusan.com.my




Thus Article Sharing Is Caring : Kesan awal penyakit buah pinggang

Itulah artikel Sharing Is Caring : Kesan awal penyakit buah pinggang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sharing Is Caring : Kesan awal penyakit buah pinggang dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/12/sharing-is-caring-kesan-awal-penyakit_28.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sharing Is Caring : Kesan awal penyakit buah pinggang"

Catat Ulasan

Loading...