Loading...

Sharing is Caring:Gaya hidup moden punca rabun jauh kanak-kanak

Loading...
Sharing is Caring:Gaya hidup moden punca rabun jauh kanak-kanak - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sharing is Caring:Gaya hidup moden punca rabun jauh kanak-kanak, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sharing is Caring:Gaya hidup moden punca rabun jauh kanak-kanak
link : Sharing is Caring:Gaya hidup moden punca rabun jauh kanak-kanak

Baca juga


Sharing is Caring:Gaya hidup moden punca rabun jauh kanak-kanak

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...
JIKA anda berjalan masuk ke kawasan sekolah rendah, anda dapat perhatikan semakin ramai kanak-kanak yang mengenakan cermin mata jika dibandingkan dengan 10 tahun yang lalu.

Berbanding 10 tahun lalu, kira-kira dua atau tiga orang kanak-kanak di dalam sesebuah kelas sahaja yang memakai cermin mata, tetapi sekarang boleh dikatakan satu perempat murid di dalam kelas memakai cermin mata.

Menurut sebuah kajian pada tahun 2003 yang dijalankan di Gombak, Selangor, 35 peratus daripada kanak-kanak bersekolah adalah rabun, yang mana 65 peratus adalah berbangsa Cina, 30 peratus Melayu dan 15 peratus India.

Kajian dilakukan di Singapura juga mendapati satu pertiga kanak-kanak memakai cermin satu jumlah yang amat sangat tinggi. Kajian itu juga mendapati, lebih banyak mengulang kaji juga akan membuatkan kanak-kanak lebih cepat mengalami rabun jauh.

Satu daripada kebimbangan global ialah peningkatan miopia atau rabun jauh yang menjejaskan ramai kanak-kanak dalam usia persekolahan dan semakin menjadi isu kesihatan utama pada zaman sekarang.
Pada tahun 2010, lebih 28 peratus daripada penduduk dunia dibelenggu dengan masalah miopia. Bilangan ini dijangka meningkat kepada 34 peratus menjelang tahun 2020 dan hampir 50 peratus menjelang 2050.
Miopia berlaku apabila bola mata terlalu panjang berbanding dengan kuasa fokus kornea dan kanta mata. Ini menyebabkan sinaran cahaya berfokus pada titik di hadapan retina dan bukan secara langsung pada permukaannya.

Rabun jauh juga boleh disebabkan oleh kornea atau kanta yang terlalu melengkung untuk panjang bola mata. Dalam sesetengah kes, miopia adalah disebabkan gabungan faktor-faktor ini.
Pakar Perunding dan Pakar Bedah Oftalmologi, Pusat Laser Mata Excel View, Dr. Hoh Hon Bin berkata, peningkatan masalah rabun jauh dalam kalangan kanak-kanak berkait rapat dengan gaya hidup moden yang kurang aktiviti di luar rumah.

“Jika dibandingkan dengan kanak-kanak 10 tahun lalu, kanak-kanak sekarang meluangkan masa terlalu banyak pada gajet dan tidak keluar rumah dan ia merupakan antara punca mereka mendapat rabun jauh.
“Menonton televisyen, komputer atau gajet terlalu lama menyebabkan ketegangan mata dan mata kering. Gejala-gejala ini dikenali sebagai Sindrom Penglihatan Komputer. Ini berlaku kerana mata terutama otot siliari bekerja keras ketika melihat secara dekat.

“Selepas melihat dalam jarak dekat terlalu lama, anda mendapat kekejangan otot siliari yang menyebabkan ketidakselesaan mata atau sakit kepala. Kurang mengelipkan mata juga menyebabkan kurang penghasilan air mata menyebabkan gejala mata kering seperti berpasir,” ujarnya ketika ditemui di Pelancaran Kempen Make Vision Count anjuran Focus Point sempena Hari Penglihatan Sedunia, baru-baru ini.
Kempen itu bertujuan menggalakkan penjagaan mata dan penglihatan mata dari awal kerana pengesanan masalah mata lebih awal atau menyembuhkannya dengan rawatan atau pembedahan atau preskripsi cermin mata dapat mencegah kehilangan penglihatan kekal.

Bermain di luar

Mungkin ada yang pernah mendengar tip untuk menjaga kesihatan mata dengan melihat tumbuh-tumbuhan hijau. Namun ujar Dr. Hoh, tumbuhan hijau tidak secara langsung memberi kesihatan mata sebaliknya ia adalah simbolik untuk keluar rumah dan melihat objek yang jauh.
Terangnya, apabila bermain di luar rumah, mata kanak-kanak akan lebih fokus kepada objek yang jauh sekali gus membuatkan mata lebih tenang dan tidak tegang.
“Untuk mencegah rabun jauh, antaranya perlu sering membawa anak-anak keluar bermain. Jika diperhatikan, kanak-kanak yang suka bersukan selalunya tidak ramai mengalami masalah rabun.
“Ini kerana, apabila bermain di luar, mata akan lebih cuba fokus objek yang jauh. Berbeza apabila meluangkan masa di dalam rumah dengan gajet, fokus kepada objek yang dekat terlalu lama lalu membuatkan mata bekerja keras,” terangnya.

20-20-20

Untuk mencegah dari rabun jauh berlaku, Dr. Hoh turut mencadangkan Peraturan 20-20-20 iaitu berehat selama 20 saat selepas 20 minit fokus kepada sesuatu perkara seperti membaca atau menggunakan komputer dengan melihat objek yang jauh pada jarak 20 kaki (objek yang paling jauh dalam pandangan) di mana otot memfokus mata berada dalam keadaan paling santai.




Thus Article Sharing is Caring:Gaya hidup moden punca rabun jauh kanak-kanak

Itulah artikel Sharing is Caring:Gaya hidup moden punca rabun jauh kanak-kanak Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sharing is Caring:Gaya hidup moden punca rabun jauh kanak-kanak dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/12/sharing-is-caringgaya-hidup-moden-punca.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sharing is Caring:Gaya hidup moden punca rabun jauh kanak-kanak"

Catat Ulasan

Loading...