Loading...
Tajuk : Tun Mahathir Saman Najib, Kerajaan
link : Tun Mahathir Saman Najib, Kerajaan
Tun Mahathir Saman Najib, Kerajaan
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman pemula bagi memohon deklarasi bahawa laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian pertukaran asing pada tahun 1990-an adalah tidak sah.
Beliau menamakan semua enam ahli RCI iaitu Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Datuk Wira Kamaludin Md Said, Datuk Seri Tajuddin Atan, Tan Sri Saw Choon Boon, K Pushpanathan dan Datuk Yusof Ismail bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Kabinet dan kerajaan sebagai defendan.
Tindakan saman pemula itu diambil berikutan laporan RCI yang dikeluarkan sebelum ini didakwa tidak sah di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.
Saman yang difailkan melalui peguam, Haniff Khatri Abdulla di Mahkamah Kuala Lumpur itu membangkitkan mengenai bahan dan lampiran yang didakwa tidak dimasukkan di dalam laporan RCI berkenaan.
Selain itu, Mahathir turut membangkitkan mengenai laporan akhir RCI tersebut yang tiada hujah bertulis daripada 25 saksi terlibat.
Malah, transkrip soalan dan sesi jawapan antara panel RCI, pegawai bertugas, peguam pemerhati dan saksi turut tiada dalam laporan tersebut.
Di samping itu, saman pemula berkenaan turut menyatakan bahawa keseluruhan prosiding RCI perlu disediakan secara transkrip atau rakaman video.
Mahathir dalam surat tuntutannya pada 4 Disember lalu mendakwa bahawa laporan setebal 495 muka surat itu tidak memasukkan transkrip semua saksi, hujahan dan bukti. - Sinar Harian Online
Thus Article Tun Mahathir Saman Najib, Kerajaan
Itulah artikel Tun Mahathir Saman Najib, Kerajaan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Tun Mahathir Saman Najib, Kerajaan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/12/tun-mahathir-saman-najib-kerajaan.html
0 Response to "Tun Mahathir Saman Najib, Kerajaan"
Catat Ulasan