Loading...
Tajuk : “Ustazah Hamidah! Nak Maki... Biar Depan-Depan” - Aishah
link : “Ustazah Hamidah! Nak Maki... Biar Depan-Depan” - Aishah
“Ustazah Hamidah! Nak Maki... Biar Depan-Depan” - Aishah
PENYANYI Aishah menyelar tindakan seorang individu menggunakan akaun Facebook palsu yang menulis komen negatif dengan kata-kata kesat terhadapnya.
Aishah berkata, individu yang menggunakan identiti sebagai 'Ustazah Hamidah' itu perlu tampil berdepan dengannya jika berasa tidak puas hati.
"Mari jumpa saya wahai Ustazah Hamidah kalau nak maki orang biar depan-depan.
"Saya nak jumpa sangat-sangat ustazah ni yang senang-senang membinatangkan orang lain," tulisnya di laman sosial Facebook pada Rabu.
Aishah menegur komen negatif di laman sosial.
Terdahulu individu berkenaan menganggap penyanyi itu bersikap tergedik-gedik selepas menyertai program hiburan Gegar Vaganza 4.
Bagaimanapun, Aishah berkata, dia tidak terkesan dengan serangan keyboard warrior berkenaan.
"Bertenang kawan-kawan, peminat dan keluarga. Saya OK sahaja dan tidak jadi kudis pun dengan keyboard warrior ni.
"Cuma nak ingatkan diorang mungkin mereka ni boleh tulis selindung muka, tapi Allah nampak dan tahu siapa. Ada yang dibayar untuk buat kerja macam ni," ujarnya.
Aishah bakal berentap bersama Hazami, Liza Hanim, Lan dan Firman di pentas final Gegar Vaganza musim 4 yang bakal berlangsung di Ahad ini di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor.
Sumber: Mstar Online
Thus Article “Ustazah Hamidah! Nak Maki... Biar Depan-Depan” - Aishah
Itulah artikel “Ustazah Hamidah! Nak Maki... Biar Depan-Depan” - Aishah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel “Ustazah Hamidah! Nak Maki... Biar Depan-Depan” - Aishah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/12/ustazah-hamidah-nak-maki-biar-depan.html
0 Response to "“Ustazah Hamidah! Nak Maki... Biar Depan-Depan” - Aishah"
Catat Ulasan