Loading...

BERSIH dakwa SPR 'asak' persempadanan sebelum PRU14

Loading...
BERSIH dakwa SPR 'asak' persempadanan sebelum PRU14 - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk BERSIH dakwa SPR 'asak' persempadanan sebelum PRU14, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : BERSIH dakwa SPR 'asak' persempadanan sebelum PRU14
link : BERSIH dakwa SPR 'asak' persempadanan sebelum PRU14

Baca juga


BERSIH dakwa SPR 'asak' persempadanan sebelum PRU14

DETIK DAILY



Gabungan untuk pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) hari ini mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 'mengasak' proses persempadanan semula dilakukan sebelum pilihan raya umum, walau pun memiliki banyak masa untuk menyiapkannya.

Dalam suatu kenyataan, pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah memetik tempoh waktu kes-kes SPR di mahkamah sebagai contoh.

"Pada 7 Disember 2017, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak kes (persempadanan semula) Selangor, tetapi perintah penangguhan sehinggalah rayuan diputuskan telah diberikan. Pada 18 Disember 2017, SPR merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap perintah penangguhan itu dan berjaya dalam rayuannya.

"Di antara 27 Disember 2017 dan 9 Januari 2018, SPR mengadakan dua siasatan tempatan dan pada 15 Januari menerbitkan sempadan baru kawasan pilihanraya bagi pameran semakan awam.

"Kesemua ini dilakukan dalam masa sebulan, walaupun SPR memiliki masa sehingga bulan September 2018 bagi menyiapkan proses tersebut. Sangat jelas mereka mahu ia diluluskan sebelum pilihan raya umum," kata beliau.



Maria menambah analisis awal BERSIH mendapati SPR telah menarik balik beberapa cadangan yang disyorkan dalam pameran semakan awam kali pertama, tanpa membetulkan isu-isu amalan persempadanan semula yang menguntungkan parti pemerintah seperti malapportionment (salah bahagi nisbah kawasan pilihan raya yang tidak sama rata) dan gerimander (manipulasi sempadan daerah mengundi).

"Kadar salah bahagi (kerusi yang tidak sama rata) itu masih sangat tinggi pada cadangan persempadanan semula untuk semakan awam yang kedua ini. Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) paling besar ialah Seri Serdang dengan 74,563 pengundi, manakala kerusi DUN paling kecil Sungai Air Tawar dengan 15,033 pengundi.

"Kerusi parlimen paling besar Kapar memiliki 146,317 pengundi, sementara kawasan parlimen paling kecil Sabak Bernam, memiliki seramai 37,126 pengundi. Perbezaan sebanyak empat kali ganda," katanya.

Beliau menggesa para pengundi Selangor membantah cadangan persempadanan semula yang sedang dipamerkan kali kedua untuk semakan awam.



Thus Article BERSIH dakwa SPR 'asak' persempadanan sebelum PRU14

Itulah artikel BERSIH dakwa SPR 'asak' persempadanan sebelum PRU14 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel BERSIH dakwa SPR 'asak' persempadanan sebelum PRU14 dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2018/01/bersih-dakwa-spr-asak-persempadanan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BERSIH dakwa SPR 'asak' persempadanan sebelum PRU14"

Catat Ulasan

Loading...