Loading...

Calon PM perlu datang dari PKR - PKR S'gor

Loading...
Calon PM perlu datang dari PKR - PKR S'gor - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Calon PM perlu datang dari PKR - PKR S'gor, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Calon PM perlu datang dari PKR - PKR S'gor
link : Calon PM perlu datang dari PKR - PKR S'gor

Baca juga


Calon PM perlu datang dari PKR - PKR S'gor

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PKR Selangor membantah pengumuman calon perdana menteri dan timbalannya semalam di Konvensyen Pakatan Harapan (PH) dengan menegaskan individu yang layak memegang jawatan itu perlu datangnya dari PKR.
 
Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Biro Komunikasi PKR Selangor Hizwan Ahmad, dengan berkata pihaknya bersetuju untuk tidak bersetuju dengan pengumuman menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
 
“Dengan saki baki ruang demokrasi dan kebebasan bersuara yang ada, PKR Selangor dengan ini melahirkan rasa terkilan dan kecewa dengan pengumuman calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.
 
“Kini negara sedang berdepan dengan zaman baharu. Golongan millenial pastinya mahu melihat seorang tokoh segar, kaya dengan buah fikiran yang berpandangan jauh dan berkesan untuk membawa negara ini keluar dari kepompong kerosakan yang telah tercipta sekian lama oleh barisan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional sejak dahulu lagi.
 
“Rakyat tidak mudah lupa, penggerak asli Reformasi juga tidak akan lupa. Reformasi total mesti ditegakkan dari semua aspek. Baik sistem, dasar, pentadbiran dan juga pentadbirnya,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
 
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin juga dalam satu kenyataan meluahkan rasa kecewanya dengan pengumuman berkenaan, mengaitkan ia dengan ketidakmampuan pembangkang menamakan seseorang yang layak selepas 20 tahun berjuang.
 
Konvensyen PH pada semalam mengumumkan Dr Mahathir dan Wan Azizah sebagai calon perdana menteri dan timbalannya jika pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
 
Bagaimanapun Pengerusi PH itu perlu menyerahkan jawatannya kepada Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas gagasan itu mengusahakan pembebasannya dan mendapat pengampunan diraja.
 
PKR Selangor yang diterajui Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menurut Hizwan menghormati keputusan PH tersebut namun pihaknya tetap mempunyai pandangan yang berbeza.
 
“Hampir 20 tahun lalu, kali pertama kalimah Reformasi kita laungkan di jalan raya, parti ini diuji dengan mehnah dan cubaan pelbagai rupa disiram cucuran keringat, darah dan air mata.
 
“Kita juga telah berjaya buktikan keupayaan dan kemampuan parti keramat ini memerintah dengan adil dan saksama.
 
“Negeri Selangor telah menjadi bukti betapa Keadilan mampu membawa perubahan dalam pentadbiran yang memacu keamanan dan kemakmuran,” katanya.
 
Hizwan dalam pada itu mengatakan bahawa PKR negeri tetap berikrar dan bersedia untuk mempertahankan negeri itu selain bekerja keras agar negeri itu kekal di bawah pentadbiran PKR, katanya.
 
“PKR Selangor menyeru seluruh pendokong tegar reformasi untuk terus bersama-sama menolak Umno dan BN.
 
“Menuju PRU14, sebelum, semasa mahupun selepas pilihan raya, pelbagai perkara boleh berlaku. 
 
“Kepada Allah kita berserah dan memohon petunjuk dan pertolongan. Membujur lalu melintang patah, lawan tetap lawan!” katanya.
 
 


Thus Article Calon PM perlu datang dari PKR - PKR S'gor

Itulah artikel Calon PM perlu datang dari PKR - PKR S'gor Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Calon PM perlu datang dari PKR - PKR S'gor dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2018/01/calon-pm-perlu-datang-dari-pkr-pkr-sgor.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Calon PM perlu datang dari PKR - PKR S'gor"

Catat Ulasan

Loading...