Loading...
Tajuk : Kejadian tanah mendap Jalan JB-Mersing ditutup
link : Kejadian tanah mendap Jalan JB-Mersing ditutup
Kejadian tanah mendap Jalan JB-Mersing ditutup
Jalan utama menghubungkan Johor Bahru-Kuantan dekat sini ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan berikutan tanah mendap di KM16, berdekatan Institut Latihan Perindustrian Mersing.
Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata tanah mendap seluas 70 meter dan sedalam 15 meter itu berlaku kira-kira 2.30 pagi ini dan hampir meragut nyawa pemandu kereta, seorang warga emas lelaki dan beberapa penumpangnya yang melalui jalan berkenaan.
Sewaktu kejadian, kereta itu terjatuh ke dalam gaung tanah mendap berkenaan.
Bagaimanapun, mangsa berusia 60 tahun dan penumpangnya yang lain tidak mengalami kecederaan serius dan telah dirujuk ke Hospital Mersing untuk pemeriksaan lanjut, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata sehubungan itu, orang ramai yang ingin ke Mersing atau Kuantan atau dari Mersing hendak ke Johor Bahru dinasihatkan agar menggunakan jalan alternatif iaitu Jalan Nitar-Jemaluang.
Sementara itu, JKR Mersing dalam kenyataan berkata kerja-kerja pemasangan tanda amaran telah dilakukan di lokasi kejadian bagi mengelakkan orang ramai daripada menggunakan jalan terbabit.
Thus Article Kejadian tanah mendap Jalan JB-Mersing ditutup
Itulah artikel Kejadian tanah mendap Jalan JB-Mersing ditutup Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Kejadian tanah mendap Jalan JB-Mersing ditutup dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2018/01/kejadian-tanah-mendap-jalan-jb-mersing.html
0 Response to "Kejadian tanah mendap Jalan JB-Mersing ditutup"
Catat Ulasan