Loading...
Tajuk : Kempen #UndiRosak bertentangan ajaran Islam - Abdul Hadi
link : Kempen #UndiRosak bertentangan ajaran Islam - Abdul Hadi
Kempen #UndiRosak bertentangan ajaran Islam - Abdul Hadi
ANTARAPOSKANGAR: PAS meminta semua pihak khususnya umat Islam tidak terpengaruh dengan Kempen #UndiRosak yang digerakkan untuk menghasut rakyat agar memboikot Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana bertentangan dengan ajaran agama itu.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Islam meletakkan politik sebahagian daripada agama dan oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab umatnya mengundi untuk memilih pemimpin.
"Tanggungjawab mengundi untuk memilih pemimpin adalah tuntutan agama dan merupakan amanah yang mesti ditunaikan oleh setiap umat Islam," katanya dalam sidang akhbar selepas mendengar taklimat persiapan PRU-14 negeri ini di Kompleks PAS negeri di sini hari ini.
Kempen #UndiRosak mula berlegar dan menjadi popular selepas pengumuman rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad dinamakan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) pada 7 Januari lalu.
Tanpa sebarang organisasi rasmi, aktivis-aktivis kempen menggunakan akaun media sosial milik peribadi untuk menjual propaganda mengajak masyarakat merosakkan undi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga menyifatkan kempen #UndiRosak sebagai tindakan bertentangan serta mampu merosakkan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia.
Thus Article Kempen #UndiRosak bertentangan ajaran Islam - Abdul Hadi
Itulah artikel Kempen #UndiRosak bertentangan ajaran Islam - Abdul Hadi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Kempen #UndiRosak bertentangan ajaran Islam - Abdul Hadi dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2018/01/kempen-undirosak-bertentangan-ajaran.html
0 Response to "Kempen #UndiRosak bertentangan ajaran Islam - Abdul Hadi"
Catat Ulasan