Loading...

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN SWANSEA

Loading...
LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN SWANSEA - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN SWANSEA, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN SWANSEA
link : LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN SWANSEA

Baca juga


LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN SWANSEA


Setelah Van Dijk masuk dan Coutinho keluar, perpindahan besar lain mungkin merawit sampai hujung bulan. Tiada siapa berani nak ramal cuma pembayang agak samar ada pemain bintang pengganti Coutinho yang diwar-warkan hadir. Klopp mungkin ada sasaran tetapi kelab penjual taknak jual pada tengah musim, sebab bakal mengganggu diorang punya agenda. Macam kes Soton dan Van Dijk, bila mereka sendiri mengalah, baru perpindahan diteruskan walaupun tertunda selama separuh musim. Jadi abam nasihatkan abaikan dulu bab-bab jual-beli orang sebab mungkin kelab kita takkan memborong dengan duit Coutinho sehingga musim baru.

Kelab kita memang perlukan skuad lengkap untuk hadapi separuh lagi musim. Dengan perebutan 4 terbaik, Piala FA serta Liga Juara-Juara. Kebetulan pemain yang cuti sakit ramai dah kembali seperti Kapten Hendo dan Moreno. Prestasi pemain tengah macam Emre dan Wijnaldum mungkin tak berapa nampak keperluan Hendo, cuma bila banyak opsyen lagi bagus untuk persaingan sihat serta boleh buat penggiliran. Begitu juga Moreno, prestasi Robertson takkan memudahkan Moreno nak dapat tempat kembali, kecuali Robertson main hampeh walaupun kita tahu, semakin dapat peluang semakin menggiurkan prestasi pemain pemain Scotland tu.

Karius
Trent Matip Van Dijk Robertson
Emre Ox Wijnaldum
Salah Firmino Mane

Sejak Klopp buat kenyataan hingga hujung Karius bakal jadi goli utama, Mignolet dah sentap dan macam hilang pedoman hidup nak cari kelab lain dah. Memang patut begitu, sebab Klopp dah beri banyak peluang kepada Mignolet dekat 2 musim, tetapi belum capai piawaian Kloppo. Salah satu isu mungkin faktor umur, dimana Mignolet dah tahap otai dan patut konsisten. Karius walaupun masih meraba-raba, tetapi perjalanan beliau masih jauh dan masih boleh dilentur dan diperbaiki. Tetapi Klopp juga beri amaran bahawa dia bukan bagi peluang buta-buta. Karius kena buktikan bahwa dia mampu buat Klopp tak terfikir untuk beli Allison atau Oblak musim depan.

Prestasi lawan Man City harapnya jadikan pasukan kita lebih konsisten. Mungkin lawan Swansea nampak kacang sebab mereka paling corot dalam kelas. Swansea dah banyak bertukar pengurus sejak kita kebas Brendan Rodgers. Dan pengurus terkini masih tak mampu mengubah nasib mereka untuk jadi pasukan feberet terjun liga. Pasukan kena hati-hati juga sebab prestasi mereka kebelakangan ni agak baik. belum tewas 3 perlawanan dan paling akhir menang dalam pusingan ke-4 Piala FA. Swansea jarang main susun bas sebab tu mereka kena belasah 5-0 di Anfield dulu. Kalau mereka main susun bas mungkin agak sukar nak dapat gol macam kat Anfield rasanya.


Thus Article LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN SWANSEA

Itulah artikel LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN SWANSEA Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN SWANSEA dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2018/01/liga-perdana-liverpool-lawan-swansea.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN SWANSEA"

Catat Ulasan

Loading...