Loading...

Mahkamah batal saman Mohd Anas terhadap Muhyiddin

Loading...
Mahkamah batal saman Mohd Anas terhadap Muhyiddin - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mahkamah batal saman Mohd Anas terhadap Muhyiddin, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mahkamah batal saman Mohd Anas terhadap Muhyiddin
link : Mahkamah batal saman Mohd Anas terhadap Muhyiddin

Baca juga


Mahkamah batal saman Mohd Anas terhadap Muhyiddin

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan saman fitnah bekas Ketua Aktivis PPBM Negeri Sembilan, Mohd. Anas Sudin terhadap Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas dakwaan memfitnahnya.
 
Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad membuat keputusan itu menurut peguam Rosli Dahlan yang mewakili Muhyiddin selepas membenarkan permohonan pihaknya atas alasan antaranya, tuntutan tersebut tiada kausa tindakan (tiada asas) yang munasabah, remeh dan menyusahkan serta menyalahgunakan proses mahkamah. 
 
Saman tersebut dibatalkan dengan kos RM5,000. 
 
Terdahulu Mohd. Anas memfailkan saman itu pada 6 Jun tahun lalu, untuk menuntut ganti rugi RM10 juta kerana mendakwa, bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah mengaibkannya  sehingga ada yang memanggilnya dengan gelaran ‘lalang’ dan ‘tupai’.
 
Mohd. Anas selaku pihak plaintif dalam samannya mendakwa,  telah mengadakan sidang media pada 5 April tahun lalu, bagi mengumumkan 500 ahli PPBM keluar parti disebabkan tidak berpuas hati terhadap Muhyiddin yang dinamakan sebagai pihak defendan yang mengamalkan konsep kronisme dalam parti. 
 
Berikutan daripada pengumuman oleh pihak plaintif itu, pihak defendan telah mengeluarkan satu kenyataan di luar lobi Parlimen pada keesokkan harinya sebagai menjawab soalan yang timbul dalam sidang media pihaknya. 
 
Menurut plaintif, kenyataan pihak defendan antaranya, menggambarkan beliau seorang yang tidak jujur, tidak berkelayakan dan tidak berprinsip sehingga mencetuskan kebencian umum ahli-ahli dalam PPBM.
 
 


Thus Article Mahkamah batal saman Mohd Anas terhadap Muhyiddin

Itulah artikel Mahkamah batal saman Mohd Anas terhadap Muhyiddin Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mahkamah batal saman Mohd Anas terhadap Muhyiddin dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2018/01/mahkamah-batal-saman-mohd-anas-terhadap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahkamah batal saman Mohd Anas terhadap Muhyiddin"

Catat Ulasan

Loading...