Loading...

MCA tidak akan uar isu calon – Liow

Loading...
MCA tidak akan uar isu calon – Liow - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk MCA tidak akan uar isu calon – Liow, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : MCA tidak akan uar isu calon – Liow
link : MCA tidak akan uar isu calon – Liow

Baca juga


MCA tidak akan uar isu calon – Liow

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: MCA tidak akan membincangkan isu calonnya pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 menerusi media memandangkan perkara itu adalah isu dalaman parti yang perlu diselesaikan antara pihak yang berkenaan, kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau sebaliknya mahu setiap anggota MCA, sama ada yang terpilih sebagai calon ataupun tidak, bekerja keras dan memberikan komitmen penuh bagi menghadapi PRU yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

“Saya tidak akan bincangkan isu calon MCA di media kerana isu calon saya berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja… ini adalah isu dalaman parti dan saya rasa memang tidak patut diuar-uarkan melalui surat khabar.

“MCA kini dalam persiapan yang terbaik untuk menghadapi pilihan raya dan calon-calon tidak boleh dijadikan satu isu… MCA sebagai sebuah parti perlu bekerja keras untuk parti, untuk rakyat dalam negara ini,” katanya selepas menyerahkan ‘Pride of Workmanship Awards’ oleh Rotary Club kepada 66 pekerja KTM Berhad di sini hari ini.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas cakap-cakap politik bahawa Setiausaha Agung MCA yang juga Anggota Parlimen Tanjong Malim Datuk Seri Ong Ka Chuan tidak akan bertanding pada PRU14.

Mengulas lanjut, Liow berkata MCA telah menyerahkan senarai calonnya kepada Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN), yang menampilkan lebih 50 peratus muka baharu termasuk orang muda, calon usia pertengahan dan juga veteran yang diyakini dapat membantu kemenangan MCA pada pilihan raya itu.

“Untuk jumlah kerusi, kerusi MCA tidak bertambah dan tidak berkurang… isu kerusi tiada masalah kerana dalam BN kerusi telah diagih-agihkan sejak dahulu lagi dan kalau ada pertukaran kerusi, komponen parti akan berbincang, tiada masalah,” katanya.



Thus Article MCA tidak akan uar isu calon – Liow

Itulah artikel MCA tidak akan uar isu calon – Liow Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel MCA tidak akan uar isu calon – Liow dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2018/01/mca-tidak-akan-uar-isu-calon-liow.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MCA tidak akan uar isu calon – Liow"

Catat Ulasan

Loading...