Loading...
Tajuk : Penjara sahkan Anwar bebas pada 8 Jun
link : Penjara sahkan Anwar bebas pada 8 Jun
Penjara sahkan Anwar bebas pada 8 Jun
Ia berdasarkan peraturan penjara yang membenarkan pembebasan lebih awal.
KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara hari ini mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan selesai menjalani hukuman penjara 5 tahun ke atasnya pada 8 Jun, 2018, berdasarkan amalan memendekkan hukuman di bawah peraturan penjara.
Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata berdasarkan Seksyen 44, Akta Penjara 1995 serta Peraturan 43 (1) (a) Peraturan-Peraturan Penjara 2000, banduan yang dijatuhkan hukuman lebih sebulan boleh diberikan remitan 1/3.
“Akta dan Peraturan tersebut memberikan 1/3 remitan daripada hukuman kepada mana-mana banduan yang menjalani hukuman melebihi satu bulan,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata suaminya akan dibebaskan pada 11 Jun.
Zulkifli bagaimanapun berkata tarikh pembebasan Anwar adalah 10 Jun, tetapi memandangkan ia jatuh pada hari Ahad, tarikh itu diubah kepada Jumaat, iaitu 8 Jun.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015 mengekalkan sabitan berhubung kesalahan liwat terhadapnya.
Anwar dituduh meliwat bekas pekerja pejabat PKR, Mohamad Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Beliau bagaimanapun menolak tuduhan itu sebagai fitnah untuk membunuh karier politiknya.
Thus Article Penjara sahkan Anwar bebas pada 8 Jun
Itulah artikel Penjara sahkan Anwar bebas pada 8 Jun Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Penjara sahkan Anwar bebas pada 8 Jun dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2018/01/penjara-sahkan-anwar-bebas-pada-8-jun.html
0 Response to "Penjara sahkan Anwar bebas pada 8 Jun"
Catat Ulasan