Loading...

PH hantar Amanah untuk sabotaj PAS - Zuhdi Marzuki

Loading...
PH hantar Amanah untuk sabotaj PAS - Zuhdi Marzuki - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PH hantar Amanah untuk sabotaj PAS - Zuhdi Marzuki, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PH hantar Amanah untuk sabotaj PAS - Zuhdi Marzuki
link : PH hantar Amanah untuk sabotaj PAS - Zuhdi Marzuki

Baca juga


PH hantar Amanah untuk sabotaj PAS - Zuhdi Marzuki

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) cuba mensabotaj PAS apabila meletakkan Amanah di 27 kubu kuat partinya, meskipun gagasan itu sedar parti serpihan PAS itu tidak mampu untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
 
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki berkata kesemua kerusi yang diberikan kepada Amanah adalah kerusi boleh menang PAS, justeru parti serpihannya itu hanya akan memecahkan undi dan menjejaskan peluang PAS menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN).
 
"Peruntukan kerusi yang dibuat PH untuk parti Amanah sebenarnya adalah untuk mensabotaj PAS. Sebab Amanah ini dia tidak ada peluang yang besar untuk menang di 27 kawasan itu. 
"Kebanyakan kawasan itu adalah kawasan yang PAS punyai peluang besar dan juga PAS adalah dari segi sebelum ini PAS adalah parti yang bertanding di kawasan tersebut. 
 
"Jadi kita lihat bahawa memang peruntukan yang diberi kepada PAN (Amanah) ini adalah dilihat satu usaha untuk menenggelamkan PAS. Untuk memecahkan undi PAS, dilakukan sendiri oleh Dr Mahathir yang merupakan Pengerusi PH untuk lemahkan PAS," katanya kepada Antarapos hari ini.
 
Zuhdi berkata berdasarkan pemerhatiannya, Amanah tidak mampu meraih undi pengundi Melayu lebih daripada tujuh peratus sepertimana yang berlaku ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, pada Jun 2016.
 
"Sebagaimana yang kita boleh lihat PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar, mereka hanya boleh tarik paling tinggi 7 peratus pengundi Melayu. Jadi kita nampak mereka tidak boleh pergi jauh dalam kawasan-kawasan yang diperuntukkan kepada mereka (Amanah). 
 
"Dia hanya sekadar untuk mengacau PAS. Tujuannya untuk mengacau PAS," ujarnya.
 
Konvensyen Pakatan Harapan yang berlangsung pada Ahad menyaksikan Amanah hanya diperuntukkan 27 kerusi, jumlah yang paling sedikit berbanding parti komponen yang lain dalam gagasan itu.
 
Ia adaah tiga di Kedah, Pulau Pinang (1), Perak (4), Selangor (5), Melaka (1), Johor (2), Negeri Sembilan (2), Pahang (1), Terengganu (3) dan Kelantan (5).
 
Sementara PPBM memperoleh kerusi terbanyak 52 kerusi, PKR (51) dan DAP 37 kerusi.
 
 


Thus Article PH hantar Amanah untuk sabotaj PAS - Zuhdi Marzuki

Itulah artikel PH hantar Amanah untuk sabotaj PAS - Zuhdi Marzuki Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PH hantar Amanah untuk sabotaj PAS - Zuhdi Marzuki dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2018/01/ph-hantar-amanah-untuk-sabotaj-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PH hantar Amanah untuk sabotaj PAS - Zuhdi Marzuki"

Catat Ulasan

Loading...