Loading...
Tajuk : Rasuah: Jurulatih skuad tempatan di Negeri Sembilan direman 5 hari
link : Rasuah: Jurulatih skuad tempatan di Negeri Sembilan direman 5 hari
Rasuah: Jurulatih skuad tempatan di Negeri Sembilan direman 5 hari
Ketua jurulatih berusia 40-an itu disyaki merasuh pemainnya sebagai balasan memastikan kemenangan pasukan lain dalam Kejohanan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) zon selatan, 25 November lepas.
SEREMBAN: Seorang ketua jurulatih bola sepak sebuah pasukan tempatan di Negeri Sembilan direman 5 hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah pada November tahun lepas.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Rahimah Rahim hari ini selepas membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa SPRM Negeri Sembilan, Mohd Khairi Abdul Karim.
Semalam, ketua jurulatih berusia 40-an itu ditahan di sebuah lokasi di negeri ini kerana disyaki memberi wang kepada pemain pasukannya sebagai balasan memastikan kemenangan sebuah pasukan lain dalam Kejohanan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) zon selatan, 25 November lepas.
Terdahulu, lelaki berkenaan hadir di Mahkamah Khas (Reman) di sini pada 10 pagi menaiki kenderaan SPRM.
Turut hadir peguam mewakilinya Aina Nadirah Mohd Yusof
Thus Article Rasuah: Jurulatih skuad tempatan di Negeri Sembilan direman 5 hari
Itulah artikel Rasuah: Jurulatih skuad tempatan di Negeri Sembilan direman 5 hari Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Rasuah: Jurulatih skuad tempatan di Negeri Sembilan direman 5 hari dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2018/01/rasuah-jurulatih-skuad-tempatan-di.html
0 Response to "Rasuah: Jurulatih skuad tempatan di Negeri Sembilan direman 5 hari"
Catat Ulasan