Loading...

SPONTANEOUS THURSDAY #138

Loading...
SPONTANEOUS THURSDAY #138 - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk SPONTANEOUS THURSDAY #138, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : SPONTANEOUS THURSDAY #138
link : SPONTANEOUS THURSDAY #138

Baca juga


SPONTANEOUS THURSDAY #138

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Image result for CABARAN HIDUP X SEMUDAH DISANGKA
Hidup zaman sekarang ni memang mencabar. Dari segi kewangan, sosial, komuniti dan macam-macam lagi. Pelbagai cabaran hidup yang timbul dan ada juga yang boleh mengancam ketenteraman dan nyawa kita sebagai individu didalam masyarakat.
Tapi, ada kata-kata mat saleh yang berbunyi : 
“Life must go on”

Atau dalam bahasa kita ianya bermaksud hidup mesti terus. Nak tak nak kena teruskan kehidupan. Sebab setiap dari kita ada tanggungjawab masing-masing yang perlu dipikul hingga ke akhir hayat.

Life Lesson Through Hardship

Selalu kita tengok dalam drama, orang dilanda pelbagai masalah. Hidup susah, keluarga porak peranda dan sebagainya. Ada yang tetap terus hadapi cabaran hidup dengan tabah. Namun ada juga yang cuba mengambil jalan singkat akhirnya menjerat diri sendiri.
Memang banyak cabaran hidup muncul kini. Ianya memang realiti dan benar-benar terjadi. Antara perbualan di group whatapps taman aku,
“Akak dah buat semua tu dik, tapi hidup tetap susah.”
Nauzubillah. mengucap panjang aku Kehidupan akak tu dilanda cabaran hidup yang cukup hebat. Masalah rumah tangga, hutang, politik tempat kerja, dan masalah ekonomi semasa. Tak dapat aku bayangkan keperitan yang dialami.

Kenapa Aku? Kenapa bukan orang lain?

Pernah tak, tiba-tiba rasa kita sahaja yang sedang menghadapi carabaran hidup. Orang lain takde apa pun. Rasa macam kita lah yang kena dugaan paling hebat. Sampai kadang-kadang terfikir macam ni :
“Dulu aku sembahyang sunat, wirid lama lepas solat, tambah dengan baca Al Quran, bersedekah. Last-last jadi apa?
Hidup terumbang-ambing jugak. Masalah tak settle juga. Ada Orang diluar sana tu tak sembahyang pun. Hidup kaya raya jer!
Biarlah. Malas aku nak sembahyang.”
Siapa pernah rasa bahawa ALLAH itu tidak adil kepada kita, lalu kita tidak melaksanakan arahan-Nya? Adilkah apa yang kita lakukan perkara tersebut kepada pencipta sedangkan kita masih lagi diberi rezeki dan peluang untuk hidup di dunia ini?
Tanya semula pada diri adakah kita beriman sedangkan kita tidak diuji? Istimewanya menjadi seorang muslim, Apabila dia mewah rezeki dia bersyukur, apabila diuji dia bersabar dan redha.

Cabaran Hidup Adalah Untuk Semua
Tuhan sentiasa menguji hambanya dalam pelbagai jenis. Sudah pasti ujian ini adalah untuk menguji iman kita. Secara amnya ujian itu ada 2 jenis :

Ujian 1 : semakin membuatkan diri ini dekat kepada-Nya.
Ujian 2 : semakin menjauhkan kita dari rahmat-Nya.

Ada orang sempit rezekinya, Lalu dia mencuri untuk teruskan kehidupan. Tapi ada juga yang berusaha lebih keras untuk keluar dari kesempitan tersebut. Ada orang luas rezeki, Malangnya dia lupa diri, tidak mengingati Ilahi. Namun bukan semua. Masih ada yang bersyukur. 

Jadi Anda Golongan Yang Mana?

Bersabar dan redha apabila diuji. Walau apa pun cabaran hidup, kehidupan mesti diteruskan. Bezanya adalah cara kita bertindak dan apa tindakan untuk menempuh cabaran tersebut. Lain orang, lain cara. Jadi pilihlah jalan yang terbaik dan dirasakan betul.
Aku pernah menyaksikan seorang kawan yang sedang diuji dengan rumah tangganya, bisnes partner tak guna, sambil menyara adik beradik yang masih belajar dan juga ibubapa yang dah bersara.
Dengar masalah dia pun aku serabut tapi hidupnya bersyukur, tak merungut dan tidak pernah meminta2. You earn my respect babe! Apabila sahabat kita sedang diuji, jangan jadi nasi tambah! Jangan ditambah ujian mereka.

If you don’t walk in their shoes,
don’t gossip about their journey.

Buat jiwa yang sedang digugurkan dosa. Senyumlah….




Thus Article SPONTANEOUS THURSDAY #138

Itulah artikel SPONTANEOUS THURSDAY #138 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel SPONTANEOUS THURSDAY #138 dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2018/03/spontaneous-thursday-138_29.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SPONTANEOUS THURSDAY #138"

Catat Ulasan

Loading...