Loading...

Nisbah Hutang Negara Berbanding KDNK 65 Peratus - PM

Loading...
Nisbah Hutang Negara Berbanding KDNK 65 Peratus - PM - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Nisbah Hutang Negara Berbanding KDNK 65 Peratus - PM, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Nisbah Hutang Negara Berbanding KDNK 65 Peratus - PM
link : Nisbah Hutang Negara Berbanding KDNK 65 Peratus - PM

Baca juga


Nisbah Hutang Negara Berbanding KDNK 65 Peratus - PM


PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan nisbah hutang berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ketika ini adalah 65 peratus dan bukannya 51 peratus seperti angka rasmi yang dinyatakan kerajaan sebelumnya.

Perdana Menteri berkata, kadar nisbah hutang berbanding KDNK kini adalah melebihi had statutori 55 peratus yang ditetapkan.

"Saya fikir kadarnya ialah 65 peratus," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet pertama di Perdana Putra di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan semua menteri kabinet.


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini pernah berkata nisbah hutang negara berbanding KDNK tahun lalu ialah sebanyak 51 peratus, kadar yang masih rendah berbanding had ditetapkan kerajaan iaitu 55 peratus.

Dalam pada itu, mengenai sama ada kerajaan akan mengambilalih semula pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd (PROTON), Dr Mahathir berkata, pihaknya tidak akan berbuat demikian.

"PROTON bukan milik kerajaan, tetapi milik (Tan Sri) Syed Mokhtar. Sama ada beliau mahu beli balik atau tidak, terpulang kepada beliau.

"Kerajaan tidak berhajat untuk membeli semula PROTON," katanya.

Pada September 2017, DRB-HICOM Bhd, syarikat induk PROTON, menyelesaikan cadangan jualan saham 49.9 peratus atau 547.02 juta saham dalam PROTON kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) untuk RM460.3 juta..

Mengenai bila kerajaan akan mengumumkan keputusan sama ada mahu meneruskan atau membatalkan projek mega yang dibuat kerajaan dahulu, Dr Mahathir berkata ia akan diumumkan tidak lama lagi. - BH Online


Thus Article Nisbah Hutang Negara Berbanding KDNK 65 Peratus - PM

Itulah artikel Nisbah Hutang Negara Berbanding KDNK 65 Peratus - PM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Nisbah Hutang Negara Berbanding KDNK 65 Peratus - PM dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2018/05/nisbah-hutang-negara-berbanding-kdnk-65.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nisbah Hutang Negara Berbanding KDNK 65 Peratus - PM"

Catat Ulasan

Loading...