Loading...

Gas Asli Naik Harga Sebanyak 77 sen, Subsidi Dikurangkan Bermula Julai

Loading...
Gas Asli Naik Harga Sebanyak 77 sen, Subsidi Dikurangkan Bermula Julai - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Gas Asli Naik Harga Sebanyak 77 sen, Subsidi Dikurangkan Bermula Julai, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Gas Asli Naik Harga Sebanyak 77 sen, Subsidi Dikurangkan Bermula Julai
link : Gas Asli Naik Harga Sebanyak 77 sen, Subsidi Dikurangkan Bermula Julai

Baca juga


Gas Asli Naik Harga Sebanyak 77 sen, Subsidi Dikurangkan Bermula Julai


Bermula Julai ini, isi rumah di Malaysia perlu membayar tarif asas gas asli yang lebih tinggi selepas ianya akan dinaikkan sebanyak RM0.77 per satu juta unit termal British (MMBtu), lapor Utusan.

Menurut kenyataan daripada Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia), kenaikan itu berkuat kuasa mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2018 selepas menerima kelulusan dari Suruhanjaya Tenaga di mana harganya berubah ke RM31.92/MMBtu.

“Purata tarif asas gas asli ditetapkan pada RM31.92 per MMBtu untuk tempoh Julai hingga Disember 2018 adalah sejajar dengan pengumuman Gas Malaysia pada 28 Disember 2016,” katanya.

Pihak kerajaan bagaimanapun sebelum ini telah menetapkan rangka kerja peraturan berasaskan insentif (IBR) yang menetapkan tarif asas untuk tempoh pengawalseliaan selama tiga tahun mulai Januari 2017 dimana IBR membenarkan perubahan dalam kos gas yang akan melalui mekanisme kos gas untuk dilepaskan (GCPT) setiap enam bulan.

“Di bawah mekanisme GCPT, bayaran tambahan sebanyak 77 sen per MMBtu akan dilaksanakan untuk semua kategori, ini kerana kos sebenar adalah tinggi berbanding harga rujukan gas dalam tarif asas bagi tempoh tersebut.”  


“Ini bermakna tarif efektif purata pada RM32.69 per MMBtu,” katanya.

Menurut kenyataan akhbar daripada pihak Suruhanjaya Tenaga, kerajaan mengambil langkah meneruskan perlaksaan semakan harga gas asli di mana subsidi harga gas asli dikurangkan secara beransur-ansur sebanyak RM1.50/mmBtu setiap enam bulan sehingga mencapai harga pasaran.

"Berikutan pengurangan subsidi harga gas asli yang dikawal selia tersebut serta peningkatan unjuran isipadu gas asli berasaskan liquefied natural gas (LNG), tarif asas purata gas asli Gas Malaysia Berhad (GMB) ditetapkan pada kadar RM31.92/mmBtu bagi tempoh Julai hingga Disember 2018 sebagaimana yang telah dimaklumkan kepada pelanggan-pelanggan GMB pada Disember 2016," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, melalui pelaksanaan mekanisme GCPT, Kerajaan turut memutuskan supaya surcaj sebanyak RM0.77/mmBtu daripada tarif asas dilaksanakan kepada kesemua kategori tarif pelanggan GMB berikutan perubahan harga sebenar gas asli berasaskan LNG yang melebihi
harga yang diunjurkan di dalam tarif asas di dalam tempoh semakan GCPT.


Thus Article Gas Asli Naik Harga Sebanyak 77 sen, Subsidi Dikurangkan Bermula Julai

Itulah artikel Gas Asli Naik Harga Sebanyak 77 sen, Subsidi Dikurangkan Bermula Julai Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Gas Asli Naik Harga Sebanyak 77 sen, Subsidi Dikurangkan Bermula Julai dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2018/06/gas-asli-naik-harga-sebanyak-77-sen.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Gas Asli Naik Harga Sebanyak 77 sen, Subsidi Dikurangkan Bermula Julai"

Catat Ulasan

Loading...