Loading...
Tajuk : PRA-MUSIM: BURY LAWAN LIVERPOOL
link : PRA-MUSIM: BURY LAWAN LIVERPOOL
PRA-MUSIM: BURY LAWAN LIVERPOOL
Bury FC vs Liverpool FC 10:00 pm (Waktu
) 14 Julai 2018 (Sabtu) Stadium Gigg Lane

Gol Tranmere akibat sepakan percuma, diambil tepat menuju dada Karius, namun dia pergi buat pandai nak tangkap bola laju cekup kat dada. Jadi memang terkantoi dan pemain Tranmre mudah jolok masuk gol pembukaan tuan rumah. Paling tak boleh belah pemain Tranmere yang juga peminat fanatik Liverpool siap maki hamun Karius. Mungkin nampak pemain itu kurang profesional , namun peminat mana boleh tahan, dah masa Final dengan Madrid dah buat palat. Sekarang pun masih ditahap yang sama.
Ada orang sebelahi dan tak suka Karius. Masing-masing punya hak nak bela atau marah. Namun Klopp kena buat keputusan drastik jika kekalkan Karius yang memang masih dalam gegaran otak atau beli dapatkan penjaga gawang baru, atau paling lekeh letak Ward sebagai goli utama pula. Sebab abam tak salahkan Karius, sebab dah Klopp nak beri peluang juga kan. Tapi harus diingat bahawa Karius bukan awal 20an lagi diah dah 25 tahun. Nak perbaiki kesilapan asas agak sukar, namun kita harap jika dia kekal bagi berehat dulu sampai pulih mental fizikal.
Perlawanan dengan Bury agak klasik sebab kali ni pasukan kita pergi kampung Orang Sakai di sebelah kat Manchester. Mungkin sebab pengurus Bury, Ryan Lowe seorang Scouser tulen, jadi Liverpool terima nak lawan Bury. Bury berada dalam Liga Kedua, namun begitu punyai beberapa pemain senior yang pernah bermain di EPL seperti Jermaine Beckford (x-Everton) dan Joe Murphy (goli WBA). Yang lain pemain biasa-biasa kecuali ada sesat sorang pemain Hong Kong, Dai Wai Tsun.
Perlawanan kali ni hanya pemanas badan dan sekadar nak bagi pemain baru kenal-mengenal sesama sendiri. Mungkin Van dijk dan Gandum turun sebab masa Tranmere tak main tak berapa cergas. Pemain dari Piala Dunia yang balik awal masih bercuti. Tumpuan bukan lagi kepada Fabinho atau Keita mahupun Wilson. Namun pastinya setiap peminat dan pengkiritik dok ushar Karius. Dan pastinya Karius kena buang penyakit gabra dan main bersungguh-sungguh sebab dengar kata Klopp masih nak cuba dapatkan Allisson sedaya upaya.
Thus Article PRA-MUSIM: BURY LAWAN LIVERPOOL
Itulah artikel PRA-MUSIM: BURY LAWAN LIVERPOOL Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel PRA-MUSIM: BURY LAWAN LIVERPOOL dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2018/07/pra-musim-bury-lawan-liverpool.html
0 Response to "PRA-MUSIM: BURY LAWAN LIVERPOOL"
Catat Ulasan