Loading...

PRA-MUSIM: DORTMUND 3-1 LIVERPOOL

Loading...
PRA-MUSIM: DORTMUND 3-1 LIVERPOOL - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PRA-MUSIM: DORTMUND 3-1 LIVERPOOL, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PRA-MUSIM: DORTMUND 3-1 LIVERPOOL
link : PRA-MUSIM: DORTMUND 3-1 LIVERPOOL

Baca juga


PRA-MUSIM: DORTMUND 3-1 LIVERPOOL


Jangan panik lagi. Pemain masih belum panas. Kalau hati panas dan pedih biar sekarang bukan bila musim dah buka. Lagipun bukan semua adiwira kita dah sampai. Yang dok rosakkan angin kita adalah beberapa kerat pemain yang takkan dapat peluang lagi lepas ni kot. 

Pun begitu kita percaya Klopp sedang berusaha sesuatu untuk keseluruhan pasukan. Kalau ikut kesebelasan utama bagi abam dah hampir beres. Yang kita tahu Klopp nak uji pemain muda dan simpanan itu yang penting. Dia taknak pemain simpanan jadi macam musim lepas, tak banyak yang boleh celen kesebelasan utama.

Sampai sekarang pemain paling menonjol selepas Keita ialah Mat Sturridge. Namun abam rasa Sturridge masih ada peluang musim ni dengan sikap tak mengalah. Dia tahu kebolehan diri dan Klopp juga sedar. Cuma perkara potong stim dengan Sturr ialah tubuh kaca beliau. Kalau dia dapat cergas sihat musim ni, tak perlu terlalu perah Firmino macam musim lepas. 

Bek juga akan ada masalah jika nak harap Van Dijk sepanjang masa. Dia bukan robot. Matip cedera balik dan mungkin Gomez bakal jadi taruhan jika tiada bek baru masuk. Sebab tu potensi Vida nak dibawa masuk ada, cuma nasib Klavan akan jadi taruhan barangkali. 

Bab Karius abam dah tak kisah sangat. Cuma sikit terkilan kenapa jual Ward, bukan beliau. Karius kita tahu sejarah silam mungkin berulang. Tetapi Ward belum buat palat lagi, nak jual bagi peluang dulu kot. Kalau menjadi kira bagus juga baru kita tahu dia bagus. Kalau tak kita tak risau sebab dah ada Alisson ye tak. 

Abam nampak Dortmund tak main bagus mana pun tetapi punyai pemain kreatif macam Pulisic. Kalau dah Lyon taknak jual Fekir atau Chelsea nak sailang lepas jual Hazard. Klopp jangan buang masa pergi masuk minang Pulisic terus sebelum orang lain masuk jarum. Dok nampak Pulisic pun macam menonjol lain macam sebab dok tayang kat Klopp rasanya.



Thus Article PRA-MUSIM: DORTMUND 3-1 LIVERPOOL

Itulah artikel PRA-MUSIM: DORTMUND 3-1 LIVERPOOL Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PRA-MUSIM: DORTMUND 3-1 LIVERPOOL dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2018/07/pra-musim-dortmund-3-1-liverpool.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PRA-MUSIM: DORTMUND 3-1 LIVERPOOL"

Catat Ulasan

Loading...