Loading...

Ramkarpal Singh (HARAPAN-Bukit Gelugor) Di Halau Keluar Dewan

Loading...
Ramkarpal Singh (HARAPAN-Bukit Gelugor) Di Halau Keluar Dewan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ramkarpal Singh (HARAPAN-Bukit Gelugor) Di Halau Keluar Dewan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ramkarpal Singh (HARAPAN-Bukit Gelugor) Di Halau Keluar Dewan
link : Ramkarpal Singh (HARAPAN-Bukit Gelugor) Di Halau Keluar Dewan

Baca juga


Ramkarpal Singh (HARAPAN-Bukit Gelugor) Di Halau Keluar Dewan

Sesi perbahasan kecoh akibat tuduhan 'samseng'

PARLIMEN | Sesi perbahasan di parlimen bagi penggal ke-14 bertukar menjadi gelanggang anggota-anggota parlimen menjerit selama hampir sejam.

Malah, seringkali jeritan anggota-anggota parlimen menenggelamkan suara Timbalan Speaker Datuk Mohd Rashid Hasnon yang dilihat tidak dapat mengawal keadaan.

Kekecohan hanya reda apabila Mohd Rashid menangguhkan sesi perbahasan pada pukul 1 tengah hari untuk waktu rehat.

Kekecohan bermula sejurus selepas Datuk Johari Abdul Ghani (HARAPAN-Sungai Petani) membentangkan usul terima kasih kepada ucapan Yang di-Pertuan Agong semalam.

Ketika membentangkan usul itu, Johari menggesa anggota parlimen mematuhi saranan Yang di-Pertuan Agong agar anggota parlimen menjaga kelakuan masing-masing sambil merujuk beberapa insiden yang terjadi sebelum ini.

Ramkarpal Singh (HARAPAN-Bukit Gelugor) yang bersetuju kenyataan Johari memetik kejadia pada 2009 yang menyaksikan anggota parlimen Bukit Gelugor ketika itu, mendiang Karpal Singh dikepung oleh sekumpulan anggota Pemuda Umno.

Ramkarpal menyifatkan anggota Pemuda Umno itu sebagai "samseng" yang kemudian mendapat bantahan daripada anggota parlimen pembangkang yang turut melemparkan tuduhan sama.

Selepas pertengkaran berlarutan seketika, Mohd Rashid mengarahkan Ramkarpal dan Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) menarik semula perkataan "samseng".
Kedua-dua anggota parlimen itu enggan berbuat demikian namun Mohd Rashid tidak mengambil apa-apa tindakan yang kemudian menyebabkan kekecohan terjadi lagi.

Anggota parlimen BN juga dilihat cuba "mengajar" Mohd Rashid untuk mengawal diri sendiri sedangkan mereka dilihat tidak mempedulikan arahan timbalan speaker Dewan Rakyat itu.

Mohd Rashid akhirnya diselamatkan oleh loceng yang berbunyi menandakan waktu rehat.







Sumber : Friscomedia


Thus Article Ramkarpal Singh (HARAPAN-Bukit Gelugor) Di Halau Keluar Dewan

Itulah artikel Ramkarpal Singh (HARAPAN-Bukit Gelugor) Di Halau Keluar Dewan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ramkarpal Singh (HARAPAN-Bukit Gelugor) Di Halau Keluar Dewan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2018/07/ramkarpal-singh-harapan-bukit-gelugor.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ramkarpal Singh (HARAPAN-Bukit Gelugor) Di Halau Keluar Dewan"

Catat Ulasan

Loading...